Clarion, sebuah syarikat hiburan dalam kereta terkenal dari Jepun telah melancarkan sebuah set stereo untuk kereta yang dikuasakan oleh Android semalam di Pulau Pinang. Set stereo ‘Mirage’ itu merupakan yang pertama seumpamanya dan apa yang membanggakan ianya dilancarkan di negara kita.
Stereo kereta ‘bijak’ ini merupakan set yang memang khas dibina untuk pasaran bagi kegunaan kenderaan ( OEM ). Seperti juga peranti Android yang lain, dikatakan set ini berkebolehan untuk dipertingkatkan kemaskininya dan apa yang menarik ianya turut dapat menjalankan aplikasi Android yang lain seperti contohnya aplikasi Facebook mahupun permainan untuk peranti Android seperti Angry birds . Skrin paparannya ialah 6.5 inci dengan antaramuka yang mudah difahami. Ia menggunakan versi Android 2.2 ( Froyo ). Selain ianya boleh digunakan untuk membuat panggilan, dikatakan ianya turut menyertakan bersama aplikasi navigasi Navigon AG. Walaupun ianya Android namun set ini juga mesra iOS dimana anda boleh turut menyambung peranti berkenaan padanya. Ianya juga menyokong kad memori SD, Bluetooth dan juga USB namun ianya tidak mempunyai slot CD.
Sumber : Paul Tan


































