All posts in SmartPlan

DiGi Tawar Note 2 Serendah RM1399.


DiGi telah mengeluarkan harga tawaran bagi phablet terbaru Samsung iaitu Samsung Galaxy Note 2 yang dilancarkan semalam di Zebra Square, Kuala Lumpur. Harga tawaran yang ditawarkan oleh DiGi adalah serendah RM1399 untuk komitmen kontrak selama 24 bulan dengan bulanan RM88 melalui pakej DG Smartplan 88. Jika anda memilih untuk kontrak 12 bulan pula anda membayar phablet berkenaan dengan harga RM1749.

Jika anda memilih komitmen bulanan yang lebih rendah iaitu RM 68 sebulan melalui pakej DG Smartplan 68, anda membayar phablet berkenaan dengan harga RM 1599 untuk komitmen 24 bulan dan RM 1849 untuk 12 bulan.

Anda mempunyai pilihan bulanan yang paling rendah iaitu RM 48 sebulan melalui pakej DG Smartplan 48 tetapi terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi untuk phablet berkenaan iaitu RM 1799 untuk komitmen 24 bulan dan RM 1949 untuk komitmen 12 bulan.

Walaubagaimanapun ini adalah pratempah melalui DiGi dimana phablet berkenaan akan mula dihantar kepada pelanggan pada 19 Oktober ini. Anda boleh juga membuat pratempah secara terus di pusat DiGi berikut, Sunway, Pulau Tikus (Penang),  Suntec (Penang), Taman Molek (JB), Api Api (Sabah)  dan Kuching (Sarawak).

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web DiGi.

Perbandingan Tawaran Samsung Galaxy Note 10.1 Dari Telko Utama Malaysia.


Samsung Galaxy Note 10.1 yang baru dilancarkan di Malaysia 5 September yang lepas kini boleh didapati di kesemua telko utama Malaysia iaitu Maxis, DiGi, Celcom dan U Mobile. Bagi yang berminat untuk mendapatkan tablet ini dengan harga disyorkan untuk jualan iaitu RM 2199 melalui pakej dari telko, berikut kami sediakan sedikit informasi tawaran pakej dari telko bagi memudahkan dan membantu anda membuat pilihan.

Maxis menawarkan tablet berkenaan dengan harga serendah RM1499 untuk pakej Internet Value Plan 75 dengan kontrak 2 tahun (24 bulan). Jika anda memilih plan Internet Value Plan 50, anda hanya perlu membayar tablet berkenaan dengan harga diskaun RM1699. Untuk mereka yang inginkan kontrak yang lebih singkat 12 bulan, anda perlu membayar RM1799 untuk Internet Value Plan 50 dan RM1699 untuk Internet value Plan 75. Pakej Internet Value Plan ialah pakej baru yang menyediakan kuota data 1.5GB untuk pakej Internet Value Plan 50 (IVP50) dan kuota 3.5GB untuk Internet Value Plan 75 (IVP75). Untuk pengetahuan anda juga 50 dan 75 itu adalah kadar bayaran bulanan tetap anda tidak termasuk caj panggilan dan SMS. Kadar panggilan suara dan SMS pula dicaj berasingan bergantung kepada penggunaan pengguna. Maxis juga mengenakan bayaran deposit bagi tablet ini dimana ianya akan dipulangkan kembali kepada anda melalui rebat bil bulanan anda. Sambung baca seterusnya →

DiGi Memperkenal Pakej SmartPlan Terbaru, SmartPlan 48 Dan SmartPlan 88.

DiGi memperkenalkan pakej terbaru yang ditawarkan untuk para pengguna mereka bagi melengkapkan dan memberikan lebih pilihan kepada pengguna selain pakej asal SmartPlan mereka iaitu pakej 68.Klik ‘baca selanjutnya’ untuk berita penuh.

DiGi yang terkenal sebagai penawar perkhidmatan data yang paling murah bagi pengguna telefon pintar di Malaysia baru-baru ini memasukkan pakej SmartPlan 48 dan SmartPlan 88 yang mempunyai had limitasi kelajuan jika mencapai had muatnaik/muaturun 1GB dan 5GB masing-masing.DiGi telah melupuskan pakej SmartPlan Lite mereka sebelum ini yang dirasakan tidak sesuai untuk pengguna telefon pintar dimana telefon jenis ini memang memerlukan penggunaan data yang banyak.Dengan pakej terbaru ini memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan mengikut tahap penggunaan data pada telefon pintar mereka.


Sumber : DiGi SmartPlan