All posts in Sony Ericsson

Perhatian! Kemaskini ICS Sony Xperia Bermula Sekarang!

Berita baik bagi pemilik telefon Android Sony ( sebelum ini Sony Ericsson ) siri Xperia!, laman blog sony mengumumkan kemaskini ICS yang mereka janjikan sebelum ini mengenai siri Xperia. Mengikut laman blog itu, kemaskini sudah bermula dilepaskan pada 13 April yang lepas dengan menyenaraikan pengguna-pengguna Xperia arc S, Xperia neo V dan Xperia ray di negara-negara Sweden, Denmark, Iceland, Finland dan Norway sebagai penerima pertama kemaskini berkenaan. Kemaskini seterusnya akan berterusan sehinga 4 hingga 6 minggu dikuti oleh negara-negara lain seluruh dunia. Berikutnya kemaskini ICS seterusnya akan diterima oleh model Xperia arc, Xperia PLAY, Xperia neo, Xperia mini, Xperia mini pro, Xperia pro, Xperia active dan Sony Ericsson Live with Walkman bermula hujung bulan Mei atau awal Jun.

 

Sumber : Sony Mobile Blog

 

SONY Xperia S Kini Terdapat Di Pasaran

Berita baik kepada para peminat telefon Android daripada Sony terutamanya kepada mereka yang tertunggu-tunggu kemunculan Xperia S di pasaran sejak pengumumannya di WMC2012 yang lepas. Semalam blog rasmi produk SONY mengumumkan telefon Android itu telah mula dipasarkan secara menyeluruh seluruh dunia. Telefon Android itu yang dikuasakan oleh pemproses dua teras 1.5GHz dengan 1GB RAM, paparan skrin 4.3-inch , NFC dan kamera 12 Megapiksel boleh dikatakan menjadi satu model telefon dengan spesifikasi paras atas bagi SONY ketika ini. Walaupun ianya dipasarkan dengan versi Android 2.3 Gingerbread, dikatakan SONY telah mengumumkan kemaskini ICS dalam masa terdekat. Kepada yang berminat, apa kata anda jenguk-jenguk ke kedai rasmi Sony atau kedai telefon berdekatan anda untuk melihat sendiri keluarga terbaru Android dari Sony ini.

 

Sumber : SONY Product Blog

‘Sony Ericsson’ Secara Rasmi Dikenali Sebagai ‘SONY’

 

Jenama ‘Sony Ericsson’ hanya tinggal sejarah apabila 15 Februari yang lepas, Sony Corporation telah mengambil alih sepenuhnya syarikat itu dengan pengambilalihan 50% saham dengan nilai USD 1.37 Bilion yang dimiliki Telefonaktiebolaget LM Ericsson’s ( Ericsson ) di dalam Sony Ericsson dan sekarang ianya dikenali sebagai ‘Sony Mobile Communications’ di bawah Sony Corporation. Dengan pengambilalihan itu secara rasminya jenama ‘Sony Ericsson’ akan terkubur dan kita akan melihat telefon-telefon baru dari mereka dengan jenama ‘SONY’. Berikut merupakan petikan berita mengenai perkara tersebut.

 

Sony Completes Full Acquisition of Sony Ericsson

Sony to Rename the Company Sony Mobile Communications and Accelerate Business Integration

February 16, 2012, Tokyo, Japan – Sony Corporation (“Sony”) today announced that the transaction to acquire Telefonaktiebolaget LM Ericsson’s (“Ericsson”) 50% stake in Sony Ericsson Mobile Communications AB (“Sony Ericsson”) has been completed as of February 15, 2012 (Central European time). This marks the completion of the transaction jointly announced by Sony and Ericsson on October 27, 2011, and makes Sony Ericsson a wholly-owned subsidiary of Sony.

Sony will rename Sony Ericsson “Sony Mobile Communications”, and further integrate the mobile phone business as a vital element of its electronics business, with the aim of accelerating convergence between Sony’s lineup of network enabled consumer electronics products, including smart phones, tablets, TVs and PCs.

Sony Ericsson Umum Garis Masa Kemaskini ICS Siri Xperia.

Samsung baru saja mengumumkan barisan telefon Android mereka yang akan disokong kemaskininya ke ICS.Hari ini pula Sony Ericsson mengumumkan garis masa bila telefon-telefon Android siri Xperia mereka akan dikemaskini ke ICS.Mereka akan mengeluarkan kemaskini tersebut bermula akhir bulan Mac atau awal April 2012.Telefon-telefon Android siri Xperia 2011 yang terawal akan menerima ialah Xperia Arc S, Xperia Neo V dan Xperia Ray.Seterusnya bermula akhir bulan April atau awal Mei giliran kepada model Xperia Arc, Xperia PLAY, Xperia Neo, Xperia Mini dan Xperia Mini Pro, Xperia Active malah Sony Ericsson Live With Walkman juga turut tersenarai.

Proses kemaskini ICS ini memakan masa beberapa minggu untuk di’lepas’kan kepada keseluruhan telefon Android (yang terlibat) di seluruh dunia.Mungkin anda menggunakan model yang sama dengan rakan anda tetapi tidak semestinya anda menerima kemaskini dalam masa yang sama.Untuk mengetahui bilakah telefon anda bersedia untuk menerima kemaskini ini, telefon anda akan manerima peringatan secara automatik dimana anda dikehendaki memuat turun data kemaskini menggunakan perkhidmatan data 3G atau WiFi. Selain daripada itu anda boleh memilih untuk menggunakan penyambungan dengan komputer dan muat turun melalui aplikasi Sony Ericsson.

Sumber : Sony Ericsson Product Blog

Sony Ericsson ‘Lepaskan’ ICS Untuk Tiga Model Android Mereka.

Beberapa hari lepas kami mengumumkan Huawei sebagai pengeluar telefon Android pertama yang mengeluarkan kemaskini ICS pada telefon Android iaitu model Honor mereka, kini Sony Ericsson mengikuti jejak Huawei apabila ‘melepaskan’ kemaskini ICS bukan kepada satu model tetapi pada tiga model mereka!.Model yang terlibat ialah Arc S, Neo V dan Ray.Namun ini hanyalah DEMO ICS sahaja dimana untuk mengemaskininya, anda perlu sedikit langkah-langkah yang sedikit rumit dimana anda dikehendaki unlock bootloader telefon anda dahulu.

Sedikit tambahan disini, oleh kerana kemaskini ini hanyalah DEMO sahaja, maka terdapat beberapa fungsi yang tidak dapat digunakan pada telefon anda selepas anda menggunakan ROM ini.Antaranya ialah tiada aplikasi Google ( Gmail, Map dan sebagainya ), Modem tiada dan sim kad anda tidak dikenali ( bermakna anda tidak boleh menggunakan untuk membuat panggilan dan SMS ), tiada fungsi Bluetooth, tiada fungsi Wi-fi dan radio.

Ini bermakna fungsi asas sebuah telefon hampir tiada.Anda tetap mahu kemaskini DEMO ini?, terpulang!.Ianya boleh dimuat turun di laman sesawang pembangun Sony Ericsson.

 

Sony Ericsson Arc HD (Nozomi) Kelihatan Muncul Sebelum CES

Laman web GSMArena telah memperlihatkan kita foto-foto telefon pintar baru keluaran Sony yang diberitahu akan muncul nanti dalam majlis Consumer Electronics Show (CES) tahun hadapan nanti, iaitu Sony Ericsson Arc HD (nama kod: Sony Ericsson Xperia Nozomi).

Spesifikasi

Processor: Dual-core 1.5 GHz, Adreno 220
OS: Android OS, v2.3.5 (Gingerbread)
Memori Dalaman: 16/32 GB, 1 GB RAM
Saiz Skrin: 720 x 1280 piksel, 4.3 inci (~342 ppi kepadatan piksel)
Kamera (Belakang): 12 MP, 4000×3000 piksel, fokus auto, LED flash
Kamera (Hadapan): Ya (Tiada maklumat lanjut)
Video: Ya, 1080p@30fps, fokus auto berlanjutan, pencahayaan, penstabil
Fungsi Lain (Kamera): Pengesanan Geo-tagging, fokus sentuhan, pengesanan muka dan senyuman, panorama 3D, penstabilan imej

Dukacita dimaklumkan, HD Arc tidak mempunyai slot kad microSD, dan semua data anda dalam telefon bergantung sepenuhnya pada memori dalaman yang tersedia dalam HD Arc (16GB atau 32GB). Namun begitu kami rasakan RAM 1GB sudah mencukupi dalam mengawal data aplikasi dalaman telefon.

Continue reading →

“Sony Ericsson” Bakal Dijenamakan Semula Kepada Jenama “Sony” Pada 2012

Berdasarkan temuramah  The Times of India dengan seorang eksekutif semalam, Sony Corp akan menjenamakan semula Sony Ericsson kepada jenama Sony sepenuhnya. Pada Oktober lepas Sony Corp dikatakan telah membeli semua kepentingan Ericsson dalan syarikat usaha sama dua syarikat gergasi berkenaan (Sony Ericsson).

Sony Corp akan memulakan proses penjenamaan semula pada tahun hadapan dan dijangkakan semua jenama Sony Ericsson akan dihentikan sebelum pertengahan 2012. Telefon jenama Sony kelak akan memfokuskan kepada sistem pengoperasian terbuka Android yang dibangunkan oleh Google. Sony Corp mensasarkan jenama Sony akan menjadi pengeluar telefon pintar Android utama pada masa akan datang.

“Sony merupakan syarikat hiburan terbesar dunia. Kami pada asalnya adalah syarikat usaha sama dengan pegangan 50% saham, tapi kini kami menjadi syarikat milik penuh Sony Corp. Kami menjangkakan akan memperoleh manfaat dari aset, kandungan, teknologi dan pengaruh jenama Sony” kata beliau.

Untuk rekod, Sony Ericsson pada masa ini mempunyai pegangan pasaran sekitar 2% untuk segmen telefon mudah alih seluruh dunia.

[via The Times of India]

 

Video – Sony Ericsson – Kemaskini 2.3.4 Gingerbread

Sony Ericsson mengumumkan kemaskini kepada versi 2.3.4 Gingerbread kepada model telefon Android mereka seluruh dunia.Antara model yang terlibat ialah Xperia Arc, Play, Neo, Mini, Mini Pro, Pro, Ray, Active, Neo V, Arc S dan Live with Walkman.

Antara kemaskini atau perubahan yang dilakukan ialah: 
  • Google talk dengan sokongan perbualan video untuk telefon android yang dilengkapi dengan kamera hadapan.
  • Kemaskini aplikasi Facebook terbina dalam.
  • Xperia 3D sweep panorama.
  • Zoom 16x untuk video.
  • Kemaskini yang membolehkan telefon anda menjadi mini komputer peribadi dengan menyambungkan telefon anda dengan peralatan seperti papan kekunci dan tetikus di LiveDock Sony Ericsson dan sambungkan ke TV LCD anda untuk pengalaman skrin yang lebih besar.
  • WiFi DLNA
  • Menyimpan gambar skrin.
Untuk makluman juga,Sony Ericsson akan dikenali sebagai SONY sahaja selepas ini berikutan pengambil alihan syarikat tersebut oleh SONY baru-baru ini.

Untuk makluman lebih lanjut mengenai kemaskini yang dilakukan oleh Sony Ericsson,saksikan video di bawah:

Xperia Play, Gambar Rasmi Dari Sony Ericsson

Laman Facebook rasmi Sony Ericsson hari ini memaparkan gambar rasmi telefon Android mereka yang akan datang iaitu Xperia Play yang dijangkakan akan mendapat sambutan hangat dari pengguna Android dan peminat permainan video mudah alih.Saksikan gambar-gambar tersebut yang di ambil dari laman Facebook.

Xperia Play di facebook

Sony Ericsson Xperia Play Di Umum 13 Februari

Berita baik kepada peminat PSP,sony akan melancarkan secara rasmi telefon Android PSP mereka yang dikenali sebagai Xperia Play pada 13 Februari ini.Klik ‘baca selanjutnya’ untuk berita penuh.

Setelah selama ini kita di hujani berita-berita tidak rasmi dan kebocoran informasi dan gambar yang tidak di sahkan sendiri oleh Sony ericsson,akhirnya laman Facebook Sony Ericsson menyiarkan informasi tentang pelancaran telefon yang ditunggu oleh peminat-peminat Android dan Play Station Portable.Apabila dilancarkan kelak, ianya akan menjadi satu-satunya telefon Android yang didekasikan kepada peminat permainan video secara mudah alih.Berikut merupakan video ‘teaser’ dari Sony Ericsson tentang telefon berkenaan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site