All posts in Sony Ericsson

Kemaskini ICS Xperia Mini Sudah Bermula.

Berita baik untuk pengguna telefon Sony Xperia Mini. Model berkenaan telah mula dikemaskini bermula pertengahan Jun yang lepas. Kepada pemilik model telefon berkenaan, anda boleh memeriksa kemaskini berkenaan dengan menggunakan aplikasi ‘PC Companion’ Sony ataupun anda juga boleh memeriksa dahulu senarai no SI berikut dari laman forum Sony dan bandingkan dengan nombor SI telefon anda. Untuk merujuk nombor SI sila klik sini.

SONY Xperia Mini Pro Terima Kemaskini ICS.

SONY sebelum ini diketahui telah mengeluarkan senarai dan sedang melepaskan kemaskini ICS kepada barisan telefon Android mereka terutamanya model-model terbaru dan yang dikeluarkan pada tahun 2011 yang telah diumumkan seawal bulan April yang lepas. Didalam senarai itu telefon mereka iaitu Xperia Mini Pro tidak disenaraikan sebagai penerima kemaskini, namun SONY memberikan kejutan pada pengguna model itu apabila mengumumkan model berkenaan turut tersenarai didalam penerima kemaskini itu yang sedang dikeluarkan sekarang menurut blog SONY. Pada pemilik telefon Android SONY Xperia Mini Pro, anda boleh memuat turun kemaskini ini menggunakan aplikasi ‘PC companion’ yang boleh dimuat turun di laman sesawang SONY. Sebelum itu untuk memeriksa samada nombor SI telefon anda telah tersenarai, anda dikehendaki memeriksa di laman forum SONY.

Kemaskini ICS SONY Diteruskan Minggu Ini, Xperia PLAY Terkeluar Dari Senarai.

Berita buruk bagi pemilik Sony Xperia PLAY apabila Sony mengumumkan di dalam blog mereka bahawa Xperia PLAY tidak akan menerima kemaskini ICS. Mereka menyatakan demikian kerana menurut mereka ianya hasil daripada ujian dijalankan oleh pembangun mereka, ICS dikatakan tidak menunjukkan hasil yang stabil dan tidak sesuai untuk Xperia PLAY dan mengeluarkan telefon itu dari senarai penerima kemaskini ICS ( Ice Cream Sandwich ) dari SONY.

Bagi telefon-telefon SONY yang lain iaitu model yang dikeluarkan pada tahun 2011 yang tersenarai sebelum ini iaitu Xperia arc, Xperia neo, Xperia mini, Xperia mini pro, Xperia pro, Xperia active dan Sony Ericsson Live with Walkman yang akan bermula dikemaskini minggu ini. Sebelum ini kumpulan model 2011 pertama yang menerima kemaskini bermula bulan lepas adalah Xperia arc S, Xperia ray and Xperia neo V. SONY turut menambah versi kemaskini ICS ini adalah versi 4.0.4 dan ianya juga tersedia bagi model Xperia arc S, Xperia ray and Xperia neo V yang sebelum ini menerima kemaskini versi 4.0.3.

Kemaskini diedarkan berdasarkan nombor SI ( sales item ) telefon SONY anda. Anda boleh melihat samada SI telefon anda sudah memasuki senarai atau tidak di komuniti SONY.

Sumber : SONY Xperia Product Blog

Perhatian! Kemaskini ICS Sony Xperia Bermula Sekarang!

Berita baik bagi pemilik telefon Android Sony ( sebelum ini Sony Ericsson ) siri Xperia!, laman blog sony mengumumkan kemaskini ICS yang mereka janjikan sebelum ini mengenai siri Xperia. Mengikut laman blog itu, kemaskini sudah bermula dilepaskan pada 13 April yang lepas dengan menyenaraikan pengguna-pengguna Xperia arc S, Xperia neo V dan Xperia ray di negara-negara Sweden, Denmark, Iceland, Finland dan Norway sebagai penerima pertama kemaskini berkenaan. Kemaskini seterusnya akan berterusan sehinga 4 hingga 6 minggu dikuti oleh negara-negara lain seluruh dunia. Berikutnya kemaskini ICS seterusnya akan diterima oleh model Xperia arc, Xperia PLAY, Xperia neo, Xperia mini, Xperia mini pro, Xperia pro, Xperia active dan Sony Ericsson Live with Walkman bermula hujung bulan Mei atau awal Jun.

 

Sumber : Sony Mobile Blog

 

SONY Xperia S Kini Terdapat Di Pasaran

Berita baik kepada para peminat telefon Android daripada Sony terutamanya kepada mereka yang tertunggu-tunggu kemunculan Xperia S di pasaran sejak pengumumannya di WMC2012 yang lepas. Semalam blog rasmi produk SONY mengumumkan telefon Android itu telah mula dipasarkan secara menyeluruh seluruh dunia. Telefon Android itu yang dikuasakan oleh pemproses dua teras 1.5GHz dengan 1GB RAM, paparan skrin 4.3-inch , NFC dan kamera 12 Megapiksel boleh dikatakan menjadi satu model telefon dengan spesifikasi paras atas bagi SONY ketika ini. Walaupun ianya dipasarkan dengan versi Android 2.3 Gingerbread, dikatakan SONY telah mengumumkan kemaskini ICS dalam masa terdekat. Kepada yang berminat, apa kata anda jenguk-jenguk ke kedai rasmi Sony atau kedai telefon berdekatan anda untuk melihat sendiri keluarga terbaru Android dari Sony ini.

 

Sumber : SONY Product Blog