All posts in Tablet Android

Polaroid Terjun Ke Dunia Android Dengan Beberapa Model Tablet.

Polaroid tablet
Polaroid dikenali sebelum ini sebagai pengeluar kamera gambar segera dikatakan terjun ke dunia Android apabila memperkenalkan beberapa model tablet Android termasuk satu model tablet untuk kanak-kanak yang dipertontonkan di CES 2013.

Tablet kanak-kanak yang dikeluarkan oleh Polaroid (PTAB750) dikatakan mempunyai ketahanan skrin yang kuat dan dikelilingi dengan getah untuk ketahahan lasak yang lebih dan untuk keselamatan. Dikuasakan dengan pemproses berkelajuan 1Ghz dengan Android 4.0,RAM 512MB dan kamera belakang 2 Megapiksel. Polaroid turut menyediakan antaramuka yang menarik untuk pengguna kecil ini. Ianya dijual dengan harga USD 149.99 (RM 456.27).
polaroid-7_2
Selain daripada itu Polaroid juga mengeluarkan 2 model tabletnya iaitu M7 dan M10. M7 merupakan tablet dengan skrin bersaiz 7 inci dengan resolusi 1280×800 piksel. Ianya dikuasakan dengan pemproses dua teras 1.5Ghz dan mempunyai memori dalaman 8GB dan tambahan kad memori menyokong sehingga 32GB. ianya hanya mempunyai kamera hadapan 2 Megapiksel tanpa kamera belakang.

M10 pula merupakan tablet dengan skrin bersaiz 10 inci dengan resolusi 1280×800 piksel. Ianya dikuasakan dengan pemproses empat teras dengan Android Jelly Bean. Jika tablet M7 tidak mempunyai kamera belakang, tablet model ini mempunyai kamera belakang dengan keupayaan merakam gambar sehingga 5 Megapiksel. Kamera hadapannya pula 2 Megapiksel. Memori dalamannya 16GB dengan sokongan tambahan kad memori juga.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman web Polaroidstore.

Sumber : Phandroid

SlicePad D8, Tablet Buatan Malaysia Akan Dilancar Minggu Depan.

Slicepad D8
Mungkin ada yang pernah mendengar jenama ini dan mungkin ramai yang masih tidak mengetahui kewujudan jenama ini. Atau mungkin ada yang pernah terlihat jenama ini tetapi tidak menyedari tablet ini adalah buatan Malaysia!.

Syarikat yang mengeluarkan tablet ini pada mulanya merupakan syarikat pengilang barangan elektrik audio visual (TV, TV LCD, Sistem audio dan lain-lain) dan juga perkakasan rumah yang lain seperti cerek elektrik, pengisar dan mesin basuh sejak 20 tahun lalu untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa dengan jenama INEC. Barangan dari syarikat ini telah memasuki pasaran lebih 20 negara seluruh dunia di Afrika, Asia tenggara dan negara-negara timur tengah.

SlicePad diperkenalkan sebagai salah satu jenama tablet Android buatan Malaysia yang cuba memasuki pasaran tablet negara sejak 7 bulan lepas bagi menandingi kebanjiran tablet dari China. Antara model tablet yang dikeluarkan oleh syarikat yang berpengkalan di utara Malaysia ini adalah Slicepad L7 dan Slicepad L8 yang merupakan tablet Android dengan kuasa pemprosesan satu teras sahaja.

Mereka mengorak satu langkah lagi apabila melancarkan tablet terbaru mereka Slicepad D8 yang akan dilancarkan minggu hadapan. Slicepad D8 dengan versi Android 4.1 (Jelly Bean) ini merupakan model tablet pertama mereka dengan pemprosesan dua teras dengan kuasa pemprosesan 1.6GHz dari pemproses ARM Cortex A9 dengan RAM berkapasiti 1GB. Berikut merupakan spesifikasi rasmi tablet tersebut yang akan dilancarkan minggu hadapan.
Sambung baca seterusnya →

Khabar Angin Peranti Nexus 7 ‘Kos Rendah’ Mungkin Menjadi Kenyataan Berikutan Ujian Tablet ASUS Ini.


Sebelum ini terdengar ura-ura yang Google akan mengeluarkan tablet Nexus yang lebih murah dari Nexus 7. Versi ini dikatakan akan mempunyai spesifikasi yang lebih rendah dengan harga yang lebih mampu dimiliki serendah USD 99.

Kebenaran mengenai berita ini mungkin semakin cerah apabila laman ujian penanda aras GLBenchmark terpapar keputusan ujian bagi suatu tablet Android dari ASUS dengan nombor kod model ME172V. Untuk pengetahuan, Nexus 7 menggunakan nombor model ME370T. Tablet ini dilengkapi dengan pemproses 1GHz, GPU dari Mali-400, resolusi skrin 1,024×600 dan Android 4.1.1. Tidak diketahui berapakah bilangan teras pemproses berkenaan. Ada juga ura-ura yang kedengaran peranti yang diuji ini menyokong kad memori. Jika benar ianya mungkin bukan peranti Nexus. Namun apapun yang pasti akan datang sebuah tablet lebih murah dari ASUS tidak lama lagi.

Pendapat anda?. Sila tinggalkan komen di ruangan komen di bawah.

Sumber : Engadget via GLBenchmark

Acer Mengumumkan Iconia Tab A110, Kali Ini Dengan Jelly Bean

Dengan kemunculan banyak tablet bersaiz 7 inci di pasaran, Acer nampaknya juga mahu menyertai pasaran tablet bersaiz tersebut dengan keluaran terbaru mereka Iconia Tab A110. Walaupun Google sedang menjuarai dari segi jualan dan permintaan tablet 7 inci ketika ini dengan Galaxy 7 Nexus mereka dan juga Kindle Fire 7 inci, namun Acer tetap mahu bersama bersaing dengan produk terbaru mereka, yang masih belum meletak tarikh pelancaran mereka lagi.

Berikut adalah spesifikasi yang mereka berikan.

  • 7 ” 1024×600 display
  • 1.2 GHz NVIDIA Tegra 3 quad-core processor
  • microUSB, microSD, and microHDMI ports
  • 1 GB of RAM
  • 8 GB of on-board memory
  • 2 MP front-facing camera
  • micro HDMI
  • microSD support
  • WiFi
  • Bluetooth 3.0
  • 390g
  • Android 4.1

Walaupun terdapat beberapa kekurangan jika dibandingkan dengan Nexus 7, harga yang mereka tawarkan juga sangat murah, iaitu £179.98 bersamaan dengan RM896.74 di Malaysia, kami menjangkakan peranti ini akan dilancarkan dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.
Sambung baca seterusnya →

Amazon Lancar Tablet Android Kindle Fire

image

Amazon baru sahaja melancarkan tablet Android terbaru mereka iaitu siri Kindle Fire. Tablet dengan empat model itu iaitu dengan pilihan saiz 7 inci dan 8.9 inci dan memori pilihan 16GB dan 32GB malangnya tidak dijual untuk pasaran Malaysia. Ianya boleh didapati secara pratempah dalam talian bermula sekarang di Amazon.com. Walaubagaimanapun tablet berkenaan akan mula dihantar pada 14 September ini untuk versi 7 inci ( Fire HD dan Kindle Fire ) dan November untuk versi 8.9 inci ( Fire HD dan Fire HD 4G LTE ).

image