Sumber Info/Berita Android Yang Terulung

 

All posts in TEGRA 3

ASUS Transformer Pad Infinity Kini Di Malaysia.

ASUS yang baru-baru ini mengumumkan kedatangan model baru peranti Android 3 dalam 1 mereka iaitu PadFone ke Malaysia, kini membawakan satu lagi model tablet+netbook Android apabila mengumumkan kehadiran ASUS Transformer Pad Infinity (TF700T) di pasaran Malaysia melalui laman Facebook mereka. Anda boleh dapatkan produk ini di pengedar sah ASUS mulai sekarang. Model ini merupakan model yang dipertingkatkan daripada model ASUS Transformer Prime sebelum ini.

Model ini diumumkan di WMC 2012 yang lepas sekitar Februari menawarkan peningkatan spesifikasi dari model ASUS Transformer Prime antaranya ianya menggunakan pemproses empat teras 1.6GHz Tegra 3 dengan 12 Teras GPU sama seperti Galaxy Nexus 7 dan mempunyai skrin Full HD (1920×1080) Super IPS panel 10.1 inci. Ianya dilengkapkan dengan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich), kamera belakang 8 Megapiksel,kamera depan 2 Megapiksel dan ketahanan bateri sehingga 14 jam jika digunakan dengan dock station. Skrinnya juga diperkuatkan dengan skrin Corning® Gorilla® Glass 2.

Buat masa ini ASUS mengumumkan hanya model WiFi yang terdapat untuk pasaran Malaysia. Netbook+tablet ini ditawarkan dengan harga RM2599 untuk 64GB dan RM2199 untuk 32GB. Walaubagaimanapun model 32GB hanya akan didapati untuk pasaran Malaysia pada awal Ogos nanti. Untuk maklumat lanjut dan spesifikasi lengkap produk ini sila ke laman sesawang ASUS disini.



[easingslider]

Dead Trigger, Sekarang Di Google Play Hanya USD 0.99


Permainan ini pernah diumumkan oleh Nvidia sewaktu acara E3 yang lalu sebagai antara permainan video untuk Android yang menggunakan sepenuhnya GPU Tegra 3. Permainan dengan grafik yang menarik daripada Madfinger itu mengisahkan pertarungan anda dengan sekumpulan zombie yang sebelumnya adalah manusia yang diserang dengan virus aneh yang menyebabkan manusia bertukar kepada keadaan itu.

Permainan ini memberikan bonus kepada pemilik peranti Android dengan GPU Tegra 3 kerana mereka akan menerima efek-efek yang tidak terdapat pada peranti dengan GPU lain. Antara efeknya ialah efek simulasi air dan efek Ragdoll.

Anda boleh mendapatkan permainan video ini dengan harga jualan hebat hanya USD 0.99. Ketika ini juga Madfinger sedang menjalankan jualan potongan harga permainan video mereka yang lain juga dengan harga USD 0.99. Antara permainan yang anda perlu lihat ialah Samurai II: Vengeance dan SHADOWGUN. Pautan untuk muat turun di Google Play disediakan di bawah.

HTC Sedia Maklum Mengenai Masalah WiFi HTC One X, Penyelesaian Berjalan.

HTC Europe mengeluarkan kenyataan tentang masalah WiFi yang terdapat pada telefon Android terbaru mereka iaitu HTC One X. Mengikut mereka, telefon yang terlibat adalah model HTC One X sahaja bukannya semua model variasi seperti HTC One XL yang bermakna hanya model yang menggunakan pemproses Tegra 3 sahaja yang terlibat. Untuk pengetahuan, versi Malaysia ialah versi Tegra 3. Masalah yang dihadapi pengguna HTC One X ialah sambungan yang perlahan dan tidak stabil apabila menggunakan sambungan WiFi pada telefon mereka. Walaubagaimanapun mereka telah mendapatkan penyelesaian dengan memberikan perhatian didalam proses pengeluaran lagi. Bagi mereka yang menghadapi masalah ini anda boleh merujuk kepada HTC Malaysia untuk maklumat lanjut di nombor berikut.

HTC Telephone Support : 1-300-888-HTC (482)

Kenyataan media dari HTC europe:

“Selepas menyiasat laporan terpencil isu penyambungan WiFi di dalam HTC One X, kami telah mengenal pasti penyelesaian yang akan menguatkan isyarat iaitu di sekeliling kawasan antena WiFi. Walaupun ramai pelanggan tidak mengalami apa-apa masalah dengan kekuatan isyarat, kami telah mengambil langkah segera untuk melaksanakan penyelesaian sewaktu didalam proses pengeluaran juga untuk mengelakkan isu ini dari berlaku di masa depan. HTC komited untuk memastikan setiap pelanggan mempunyai pengalaman yang hebat dengan produk kami dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang ditimbulkan oleh isu ini dan kami sedang menjalankan penyiasatan secara menyeluruh. “

 

Sumber : TalkAndroid

LG Optimus 4X HD Dilancarkan Di Eropah.

Telefon terbaru LG iaitu Optimus 4X HD diumumkan akan dilancarkan pada bulan ini dinegara-negara eropah dimulai dengan Jerman, Belanda, Sweden, UK dan Itali. Seterusnya ianya akan dilancarkan kepada 6 negara berikutnya. Telefon ini dikatakan akan menggunakan pemproses empat teras Tegra 3 dengan skrin 4.7 inci IPS LCD dan menggunakan Android 4.0 ( ICS ). Telefon Android LG ini nampaknya setanding dengan Samsung Galaxy S 3 dan HTC One X.

Agak-agak anda, telefon ini memasuki pasaran Malaysia tak?. Bila agaknya?. Ada sesiapa yang berminat?.

NVIDIA Umum 5 Permainan Video Baru Tegra 3.

Pada E3 yang berlangsung di Los Angeles Convention Center, California, NVIDIA mengumumkan 5 tajuk baru permainan video yang memanfaatkan sepenuhnya teknologi yang dibawakan oleh pemproses Tegra 3, pemproses berkuasa empat teras  ’4 PLUS 1′ yang pertama di dunia dari NVIDIA itu. Permainan video yang diumumkan itu adalah seperti berikut.

  • Dead Trigger : Merupakan permainan ‘One man shooter’ yang mengisahkan anda dikejar atau diburu oleh Zombie pemakan daging manusia. Menggunakan manfaat sepenuhnya daripada pemproses Tegra 3 untuk memberikan kesan eksklusif seperti air yang dipertingkatkan, lampu, kabus  dan hukum fizik.
  • Puddle : Permainan video yang terkenal di konsol Xbox Live Arcade dan PlayStation Network. Cara permainan adalah mudah. Anda  dikehendaki mengarah air ke destinasi sasaran melalui kawalan kecondongan (tilt) pada telefon anda. Dengan peranti Tegra 3, anda akan mendapat tekstur resolusi yang lebih tinggi, kesan cecair, bayang-bayang dan kesan fizik yang lebih realistik.
  • Demons’ Score : Permainan yang dibangunkan menggunakan Engine Unreal 3 untuk menghasilkan grafik 3D yang berkualiti tinggi dan antara muka pengguna yang dioptimumkan untuk telefon pintar dan tablet. Dengan ciri-ciri Tegra 3 eksklusif termasuk tekstur resolusi yang lebih tinggi, kesan shader yang lebih maju, kesan pencahayaan, bayang-bayang dinamik dan kesan kedudukan jarak yang lebih realistik.
  • Bounty Arms : Open-Reset dan Luma Arcade bekerjasama dengan NVIDIA didalam menghasilkan permainan 3D ekslusif untuk Tegra 3 ini. Peningkatan ini termasuk visual dan peningkatan prestasi dan kandungan eksklusif seperti permainan pelbagai bilang dan kesan partikel yang telah dipertingkatkan.
  • Heroes Call : Permainan ini merupakan permainan RPG. Merupakan satu gambaran masa depan permainan video dengan grafik yang cantik, perincian mendalam, pelbagai watak dan pelbagai kebolehan yang bakal memberikan pengalaman baru dunia permainan video telefon bimbit yang tidak pernah anda rasai. Ciri eksklusif Tegra 3 di sini adalah cahaya resolusi yang lebih tinggi, perincian yang menakjubkan pada senjata dan perisai watak dan interaksi fizik tambahan pada objek.