
Berita baik bagi pengguna Samsung Galaxy Tab dan Samsung Galaxy S, selepas kekecewaan dilahirkan para pengguna model berkenaan di dalam internet kerana tidak tersenarai sebagai penerima kemaskini rasmi ICS dari Samsung kerana alasan memori yang terhad, Samsung dikatakan mempertimbangkan kemaskini untuk model berkenaan dengan kemungkinan membuat pengubahsuaian pada antaramuka Touchwiz mereka. Dikatakan sebelum ini kemaskini ini tidak dapat diberikan kerana memori yang terhad tidak dapat menampung antaramuka Touchwiz yang asal itu. Samsung dikatakan akan bekerja keras mengkaji bagaimana Touchwiz dapat dimuatkan kedalam peranti itu dan kemungkinan mereka akan menghasilkan Touchwiz yang lebih ringan untuk dimuatkan kedalam model Galaxy S dan Galaxy Tab.
Sumber : The Verge













