All posts in Video Tutorial

Video Tutorial – Root Telefon Android Samsung Guna Cara ODIN/CFROOT

Kami telah memuat naik video tutorial di YouTube Malayandroid untuk para pembaca yang mempunyai telefon Android Samsung dan ingin meng’root’nya. Anda boleh ikut langkah-langkah tersebut dan sebarang komen anda boleh  pos disini atau channel YouTube kami.

Untuk pengetahuan telefon Android Samsung yang kami gunakan untuk tutorial ini ialah model Samsung Galaxy SL. Anda perlu memuat turun fail CF-ROOT untuk telefon anda mengikut versi baseband telefon anda di forum xda-developers di ruangan/kategori yang berkaitan dengan model telefon anda. Fail ini adalah dalam bentuk fail ‘tar’. Sila ambil perhatian cara ini hanya untuk telefon Samsung. Terdapat juga cara-cara lain yang boleh digunakan contohnya ‘ Super one click’. Kami memilih cara ini adalah kerana CWM ( Clock Work Mode ) juga turut terpasang sewaktu proses ini. Selamat mencuba dan sila ikut channel YouTube kami untuk mendapatkan informasi awal muat naik video kami yang terbaru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site