All posts in WMC 2012

Asus Tunjukkan Video PadFone 3 Dalam 1 Mereka.

Asus telah mengumumkan PadFone, iaitu peranti Android 3 dalam 1 mereka pada WMC 2012 di Barcelona yang lepas dan telah memenangi inovasi terbaik pada CES. Baru-baru ini mereka telah menunjukkan rekaan berinovasi itu dalam bentuk video pula di laman YouTube mereka.

Peranti itu dipanggil 3 dalam 1 kerana pengguna selain dapat menggunakan telefon Android biasa yang mempunyai skrin Super AMOLED anti calar bersaiz 4.3 inci, ianya juga boleh menjadi tablet apabila unit utama ( telefon ) itu dimasukkan ke slot yang disediakan pada unit tablet. Selain itu jika anda sambungkan pula pada dock Asus yang mempunyai papan kekunci unit tersebut akan bertukar ke seakan-akan Notebook.Peranti ini dikuasakan oleh pemproses dua teras Snapdragon S4 dengan kelajuan 1.5 GHz dengan Android 4.0 (ICS). Antara ciri menarik selain 3 dalam 1 ialah, pen stylus yang ditunjukkan didalam video ini menunjukkan iannya juga merupakan set bebas tangan BlueTooth dan boleh digunakan apabila ada panggilan masuk. Menarik bukan?. Walaubagaimanapun menurut Asus ianya akan dilancarkan di Itali pada hujung bulan ini, di Malaysia tidak diketahui lagi. Jika anda berminat, harap bersabar ya!.


Sumber : PocketDroid

SONY Xperia S Kini Terdapat Di Pasaran

Berita baik kepada para peminat telefon Android daripada Sony terutamanya kepada mereka yang tertunggu-tunggu kemunculan Xperia S di pasaran sejak pengumumannya di WMC2012 yang lepas. Semalam blog rasmi produk SONY mengumumkan telefon Android itu telah mula dipasarkan secara menyeluruh seluruh dunia. Telefon Android itu yang dikuasakan oleh pemproses dua teras 1.5GHz dengan 1GB RAM, paparan skrin 4.3-inch , NFC dan kamera 12 Megapiksel boleh dikatakan menjadi satu model telefon dengan spesifikasi paras atas bagi SONY ketika ini. Walaupun ianya dipasarkan dengan versi Android 2.3 Gingerbread, dikatakan SONY telah mengumumkan kemaskini ICS dalam masa terdekat. Kepada yang berminat, apa kata anda jenguk-jenguk ke kedai rasmi Sony atau kedai telefon berdekatan anda untuk melihat sendiri keluarga terbaru Android dari Sony ini.

 

Sumber : SONY Product Blog

Maxis Dan DiGi, Tersenarai Telko Membawakan Siri HTC One

HTC mengumumkan akan membawakan siri telefon HTC One yang diperkenalkan pada WMC 2012 Barcelona pada April ini secara berperingkat kepada seluruh dunia melalui senarai syarikat telekomunikasi terpilih. Malaysia turut tersenarai di dalam senarai yang dikeluarkan didalam kenyataan berita mereka. Siri HTC One iaitu HTC One X , HTC One S dan HTC One V dikatakan akan ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi Maxis dan DiGi bagi pasaran Malaysia. Klik ‘continue reading ‘ untuk berita lebih lanjut.

Sambung baca seterusnya →

Huawei Perkenal Android Terpantas Dunia Di Kuasakan Pemproses K3V2

Huawei telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka di WMC 2012 di Barcelona. Telefon yang dikuasakan oleh Android itu dikenali sebagai Huawei Ascend D Quad. Apa yang menarik telefon mereka mencipta sejarah kerana mereka mengatakan ianya merupakan telefon pintar terpantas di dunia buat ketika ini. Dengan dikuasakan dengan kuasa pemprosesan empat teras ( Quad Core ) 1.5 GHz pemproses mereka sendiri ( HiSilicon ) yang dikenali sebagai pemproses K3V2. Telefon ini menggunakan paparan skrin bersaiz 4.5 inci dengan resolusi tinggi HD 720p dengan dpi densiti 330ppi ( lebih tinggi dari I Phone 226ppi ) dan Android versi 4.0 ( Ice Cream Sandwich ) sebagai platform. Telefon ini juga dikatakan menggunakan teknologi yang dapat menjimatkan bateri sebanyak 30% daripada biasa selain menggunakan bateri berkapasiti besar 1800mAh/2000mAh. Kuasa RAM pula ialah 1GB dengan memori dalaman 8GB. Ia juga berkeupayaan untuk merakam/mengambil gambar atau video dengan definisi tinggi sehingga 1080p menggunakan kamera belakang 8 Megapiksel dan turut berkeupayaan memainkan video 1080p tersebut.

Pemroses K3V2 dari Huawei ini dikeluarkan oleh HiSilicon dikatakan menggunakan empat teras pemproses dari ARM Cortex A9 ,enam belas teras unit pemprosesan grafik Super dan sistem memori 64-bit. Mengikut ujian yang dijalankan oleh mereka, pemproses ini merupakan pemproses aplikasi terpantas bagi grafik dan kuasa pemprosesan buat ketika ini.

Samsung Galaxy Beam, Android Dengan Projektor

Samsung memperkenalkan Samsung Galaxy Beam di WMC ( World Mobile Congress 2012 ). Telefon Android yang mempunyai fungsi projektor ini berkebolehan memaparkan kandungan multimedia anda dengan mudah di mana anda boleh terus memancarkan paparan dari telefon ini ke skrin atau dinding bagi perkongsian bersama keluarga dan sebagainya. Dikatakan ianya boleh memaparkan keluaran dengan definisi HD dan dapat dipaparkan sehingga resolusi 50 inci. Dengan kuasa pemprosesan 1GHZ dwi-teras, RAM 6GB dan memori dalaman 8GB, ianya tidak menghampakan malah ketebalannya hanya 12.5mm. Kelahiran telefon Galaxy Beam dari Samsung ini boleh dikatakan melonjakkan teknologi mobiliti ke fasa baru apabila kita menerima teknologi baru yang boleh dibawa kemana-mana, didalam poket anda iaitu sebuah projektor yang sebelum ini dikenali dengan saiznya yang besar. Petikan berita dari Samsung dan juga spesifikasi telefon ini apabila anda klik ‘Continue reading’.

Sambung baca seterusnya →