All posts in Xperia

Peranti Sony XPERIA Akan Menyokong Alat Kawalan DUALSHOCK 3.

ps3
SONY dikatakan akan menyertakan satu aplikasi yang membolehkan peranti dari siri XPERIA mereka menggunakan alat kawalan Playstation iaitu DUALSHOCK 3. Ciri ini dikatakan akan terdapat pada model-model XPERIA yang lebih baru selepas ini dan ianya dapat dilihat terdapat pada telefon SONY XPERIA SP (C530X) yang akan datang.

Melalui ciri ini, pengguna telefon XPERIA seterusnya dapat memainkan permainan video pada telefon mereka menggunakan alat kawalan Playstation berkenaan. Namun dikatakan untuk menggunakan alat kawalan ini, pengguna perlu memadankan kedua-dua telefon dan alat kawalan DUALSHOCK terlebih dahulu dengan langkah-langkah yang disediakan.

Jika anda mendengar perkara ini sebagai satu perkara yang baru. sebenarnya sebelum ciri ini ditawarkankan pada peranti SONY, anda sudah boleh mendapatkan satu aplikasi seumpama ini di Google Play Store yang diberi nama SixAxis. Bezanya aplikasi berkenaan berbayar dan boleh digunakan oleh kebanyakan peranti Android tidak terhad kepada satu-satu jenama sahaja.
Sambung baca seterusnya →

Sony Xperia C5303 HuaShan Diperlihat.

HuaShan
Sebuah laman web berbahasa Jerman memaparkan sebuah telefon Android daripada Sony iaitu sebuah model yang dikenali sebagai Xperia HuaShan. Cerita mengenai Xperia HuaShan sebelum ini pernah muncul di arena Android apabila sebuah keputusan ujian penanda aras (benchmark) memaparkan sebuah telefon dari Sony yang dilengkapi dengan pemproses berkelajuan 1.7GHz akan muncul namun tiada maklumat lanjut ketika itu.

Akhirnya, baru-baru ini laman tersebut memaparkan beberapa keping gambar yang dikatakan telefon berkenaan. Seperti biasa rekaan Sony memmberikan kualiti premium tidak seperti sesetengah produk pesaing yang mengeluarkan peranti kelas atas tetapi dengan kualiti yang kurang memuaskan. Sekali imbas, bahagian belakang telefon ini kelihatan seperti peranti dari HTC pula.

Telefon ini telah disahkan datang dengan Android Jelly Bean 4.1.2 berdasarkan gambar skrin sistem yang ditunjukkan selain pemproses 1.7GHz.

Huashan 2

Sumber : USP-Forum.de

Imej Peranti Sony Xperia Z (C660X Yuga) Muncul Dalam Sebuah Video Promo

sony-logo

Sony Xperia Z sebelum ini telah dikenali sebagai nama Yuga, diberitahu akan muncul dalam acara CES 2013 minggu hadapan nanti. Banyak maklumat kami telah terima sebelum ini untuk telefon pintar ini, begitu juga dengan imej yang banyak terkeluar dari beberapa sumber, menandakan yang Sony telah semakin bersedia untuk mempamerkan peranti baru ini kepada umum.

Pada hari ini, terdapat imej baru dari sumber laman web ePrice, yang dikatakan diambil dari video promo peranti Xperia Z tersebut.

1

2

3

4

5

Sambung baca seterusnya →

Sony Odin Mungkin Akan Dilancarkan Sebagai Xperia X

sony_odin

Kita mungkin telah mendengar berita spekulasi mengenai Sony akan mengubah nama produk Yuga mereka kepada Xperia Z. Namun terdapat sebuah lagi peranti dari Sony yang diberi nama Odin, dikatakan mempunyai skrin 5 inci dengan resolusi 1080p, gentian kaca di bahagian belakang, kamera 13 megapiksel dan Android 4.1 Jelly Bean, juga dilaporkan akan diubah namanya kepada Xperia X. Berita tersebut datang dari China yang memberitahu kemungkinan peranti telefon pintar tersebut akan dilancarkan pada pertengahan bulan Januari di negara tersebut dan beberapa tempat negara yang lain.

Laporan tersebut tiba dari sebuah laman web ePrice, yang dikatakan mempunyai maklumat bocor tentang senarai peranti Sony akan datang. Peranti Xperia X dikatakan akan hampir serupa dengan Xperia Z, dan hanya terdapat beberapa perbezaan rekabentuk antara rekabentuk kedua-dua mereka. Strategi ini serupa seperti apa yang Sony telah lakukan untuk model Xperia T dan Xperia TX mereka. Peranti Xperia T dilancarkan di Eropah dengan kewujudan slot microSD, manakala Xperia TX pula memasuki pasaran Asia dengan kuasa bateri yang lebih kecil.

Sambung baca seterusnya →

Xperia Tablet S Dijual Dengan Harga Serendah RM1399.

xperia tablet promo
Sony Malaysia telah mengeluarkan harga rasmi tablet XPERIA S mereka yang dijual serendah RM1399 untuk versi 16GB WiFi sahaja. Tablet itu mula dibuka untuk pra-tempah di kedai-kedai Sony bermula 14 Disember yang lalu. Mengambil peluang sempena perayaan hari natal yang bakal tiba, Sony Malaysia turut mengadakan promosi kepada pengguna yang melakukan pra-tempah dengan menawarkan peluang untuk pengguna memiliki satu unit lagi tablet itu dengan percuma.

Tablet ini turut mempunyai beberapa variasi iaitu 16GB dan 32GB dengan fungsi WiFi yang dijual dengan harga RM1799 dan RM1999 masing-masing. Kepada yang berminat, anda boleh membuat pra-tempah tablet berkenaan di laman web mereka di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai tablet ini, anda boleh ke laman web Sony Malaysia.