HTC One Dilancarkan Bagi Pasaran Malaysia. RM2299 Untuk Versi 32GB Dan RM2499 Untuk Versi 64GB.

L2R - Yoon Kam Fei, KH Lim, Melvin Tham, Zalman Aefendy, Praveen Rajan, Goh Thih Liang, SK Wong, Jack Tan
HTC Malaysia semalam melancarkan telefon utama terbaru mereka iaitu HTC One untuk pasaran Malaysia. Didatangkan dengan beberapa ciri-ciri menarik antaranya HTC Blinkfeed, HTC Zoe dan juga HTC BoomSound, ianya dijangkakan bakal menarik minat pengguna telefon pintar Malaysia dan mampu bersaing dengan jenama lain seperti Samsung.

HTC BoomSound menawarkan bunyi berkualiti stereo dengan penguat bunyinya sendiri disamping turut dengan integrasi Beats Audio yang memberikan anda pengalaman yang lebih mengasyikkan sewaktu anda mendengar muzik, menonton video mahupun menonton YouTube.

HTC Sense TV pula adalah satu aplikasi yang disediakan oleh HTC bagi mengguna pakai pemancar infrared yang disediakan untuk menjadikan telefon ini kepada alat kawalan jauh. Malah anda boleh mengawal dekoder Astro anda dengannya.

Rekaan badannya adalah jenis aluminium unibody yang menjanjikan tiada ruang cantuman yang menjamin kualiti binaan yang kemas. Telefon ini mempunyai skrin HD penuh (1080p), dilengkapi dengan sistem pemprosesan terbaru Android Jelly Bean dan juga siap sedia untuk digunakan pada rangkaian LTE.
Sambung baca seterusnya →

Dengar-Dengar : Galaxy S4 Yang Kalis Habuk Dan Air Akan Datang.

galaxys4
Samsung Galaxy S4 masih di tunggu-tunggu lagi kehadirannya di pasaran Malaysia. Sehingga saat ini belum ada lagi pengumuman rasmi pelancarannya bagi pasaran Malaysia. Namun kami ada terdengar ianya akan memasuki pasaran Malaysia 27 April ini. Namun oleh kerana tiada apa-apa jemputan rasmi ataupun berita rasmi dari rakan media yang lain mahupun pihak Samsung Malaysia sendiri sehingga kini, kami anggap ianya hanyalah khabar angin.

Sedang kita ternanti-nanti kehadiran telefon terbaru Samsung dari siri Galaxy berkenaan, semalam media antarabangsa kecoh mengatakan selepas ini akan terdapat telefon berkenaan dengan versi yang lebih hebat ataupun menarik. Menurut mereka telefon berkenaan akan hadir dengan kebolehan kalis kepada habuk ataupun debu dan juga kalis air. Mereka melaporkan bersumber dari wakil Samsung sendiri iaitu Young Soo Kim sewaktu sidang media pengumuman kehadiran telefon berkenaan bagi pasaran UAE di Dubai semalam.

Sumber : Techview.me

ASUS Umum Senarai Aksesori Produk Mereka Yang Kini Boleh Didapati Di Malaysia.

asus

ASUS Malaysia mengumumkan aksesori-aksesori untuk produk mereka yang baru saja memasuki pasaran Malaysia baru-baru ini. Aksesori-aksesori berkenaan adalah untuk barisan produk mereka termasuk beberapa produk tablet Android mereka seperti nexus 7 dan tidak lupa juga MeMO Pad. Mereka juga turut mengumumkan senarai harga aksesori berkenaan bersama pengumuman tersebut. Kepada sesiapa yang berminat, anda boleh lihat senarai aksesori-aksesori berkenaan di bawah dan anda boleh dapatkannya di pengedar produk ASUS yang sah.

Nexus 7 Travel Cover

 image013

  • Pelindung yang lembut dan bersesuaian namun cukup kuat untuk tablet anda.
  • Tekstur matte tidak mudah gelincir untuk menawarkan genggaman yang kuat dan perlindungan daripada hentakan dan geseran.
  • Pelindung nipis yang memudahkan anda memasukkan Nexus anda ke dalam beg.
  • Ditawarkan dengan 6 pilihan warna

Harga Runcit Disyorkan = RM 129

Sesuai untuk Nexus 7/7C

Maklumat lanjut : www.asus.com/Tablet_Mobile_Accessories/Nexus_7_Travel_Cover/

Sambung baca seterusnya →

Samsung Secara Rasmi Umum Phablet Berskrin 6.3 dan 5.8 inci, Galaxy Mega.

mega

Samsung semalam secara rasmi mengumumkan kehadiran Galaxy Mega yang mempunyai 2 variasi skrin dengan saiz 5.8 inci dan 6.3 inci. Sebelum ini telah kedengaran ura-ura yang Samsung akan mengeluarkan telefon dengan skrin bersaiz berkenaan. Ada juga tanggapan yang ianya adalah Samsung Galaxy Note 3, namun nampaknya Samsung menyasarkan menarik pengguna dengan telefon yang mempunyai saiz skrin besar apabila turut menghasilkan telefon atau phablet lain dengan ciri skrin besar juga selain dari keluarga Note.

Samsung Galaxy Mega 6.3 dilengkapi dengan kesediaan sambungan LTE manakala versi 5.8 tidak. Selain itu resolusi skrinnya juga mempunyai perbezaan. Mega 6.3 dilengkapi dengan skrin HD (TFT) manakala Mega 5.8 hanya qHD. Selain kedua-duanya dilengkapi dengan versi Android terbaru Jelly Bean 4.2, kedua-duanya juga mempunyai RAM 1.5GB. Kuasa pemprosesan pula adalah 1.7GHz Dua teras bagi Galaxy Mega 6.3 dan 1.4GHz Dua teras bagi Galaxy mega 5.8. Berikut merupakan Spesifikasi penuh dua peranti ini.

Sambung baca seterusnya →

ASUS Perkenal Fonepad, Tablet 7 Inci Berciri Telefon Berharga RM849.

DSC_8387
ASUS Selasa lepas mengumumkan produk terbaru dari mereka iaitu Fonepad di Kuala Lumpur untuk pasaran negara kita. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah wakil INTEL iaitu Encik Prakash Mallya. Fonepad merupakan tablet yang mempunyai ciri penuh sebuah telefon dimana anda boleh membuat panggilan dan SMS dengannya.

Mempunyai saiz yang sama dengan Nexus 7, tablet ini merupakan tablet Android pertama ASUS yang menggunakan pemproses dari INTEL iaitu Atom Z2420. Menurut wakil INTEL iaitu Prakash Mallya (Pengarah INTEL Malaysia & Singapura), pemproses mereka menggunakan teknologi pemprosesan 32nm. Walaupun dengan kelajuan 1.2Ghz dua teras, beliau menegaskan ianya menjanjikan penjimatan bateri, lebih prestasi dan fleksibiliti untuk dimuatkan pada kebanyakan peranti dan memenuhi permintaan pasaran. Pemproses Z2420 ini juga di sesuaikan dengan penggunaan pada platform Android.

Skrinnya bersaiz 7 inci jenis IPS menawarkan paparan HD dengan resolusi 1280×800. Pengesan sentuhan berbilang pula dapat mengesan sehingga 10 titik sentuhan dengan sudut pandangan skrin pula sehingga 178 darjah.
Sambung baca seterusnya →