All posts tagged 9Gag

Aplikasi: Buat Peminat 9Gag

Kami pasti ada ramai pengguna Android di luar sana yang sukakan laman web 9Gag, sebuah portal yang mengumpulkan semua koleksi gambar dan video dari Reddit yang sangat lucu dan melekakan. Jadi pada hari ini kami akan memperkenalkan sebuah aplikasi dalam Android Market untuk itu.

Aplikasi ini mungkin masih dalam peringkat beta, namun dari apa yang developer tersebut telah hasilkan setakat ini kami sangat berpuas hati sekali, setakat ini ia cuma paparkan gambar-gambar sahaja, dan jika anda menekan butang menu, ia mempunyai 3 pilihan, iaitu ‘Share’ untuk kongsi apa yang anda lihat pada rakan online anda, butang ‘Category’ untuk pilih kategori yang anda hendak, dan butang ‘Toggle’ untuk melihatnya dalam bentuk full-screen. Dan walaupun itu sahaja pun bagi kami sudah cukup fungsinya setakat ini untuk anda berseronok menggunakannya.

Sambung baca seterusnya →