All posts tagged Android

Spekulasi: Google Bakal Hasilkan Processor Mereka Sendiri Untuk Android?

Terdapat khabar angin mengatakan yang Google sedang dalam perancangan membangunkan processor dan GPU mereka sendiri untuk barisan peranti Nexus di masa akan datang, cadangannya adalah mereka benar-benar mahu bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain dalam menghasilkan sendiri komponen untuk setiap peranti dibawah OS Android, dan Google memilih komponen processor dan GPU sebagai langkah pertama mereka untuk tujuan itu.

Namun hingga kini ianya masih lagi dalam peringkat spekulasi, kita berharap agar Google dapat memberi komen mengenainya di masa akan datang.

Sumber: AndroidGuys

Berita Menggembirakan Bakal Muncul Untuk Android Harini

Menurut dari kenyataan mereka keluarkan dalam Google+, Google akan memberi berita kejutan kepada semua pengguna Android pada hari Isnin hari ini, tidak ada maklumat lanjut diberikan, namun kita mengharapkan sesuatu yang berkaitan dengan OS Ice Cream Sandwich (ICS) atau lebih banyak lagi aplikasi diskaun atau lebih baik lagi percuma untuk perayaan hari Natal yang bakal tiba.

Nantikan sajalah pengumuman dari mereka dalam profil Android di Google+.

Sumber: Talk Android

Promo 10 Billion Android Market Hari Ke #4

Promo 10 Billion aplikasi Android kembali lagi, dan hari ini kita telah masuk hari yang ke-4, dan berikut adalah senarai aplikasi tersebut:

Shazam Encore
Need for speed shift
Sentinel 3 homeworld
Baseball superstars 2011
Spirit HD
My Beach HD
Paper Camera
Jelly Defense
Game Dev Story
Farm Frenzy

Jikalau anda perasan, ini adalah kali ke-2 Paper Camera masuk kedalam promo ini, dan menurut kenyataan dari pihak Android, ini adalah kerana sesetengah pembangun mahukan aplikasi mereka dimasukkan dua kali kedalam promo. Secara jujur kami tak berapa setuju dengan perkara ini, namun jikalau anda terlepas sebelum ini dalam promo sebelum ini, ini adalah peluang terakhir anda, selamat membeli!

Update: Kelihatan seperti Need for speed shift tidak boleh dimuat turun ke telefon penulis, adakah aplikasi ini hanya untuk pasaran U.S. sahaja?

Link: 10 Billion Downloads!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site