All posts tagged Galaxy Note

Dengar-Dengar : Galaxy Note 3 Akan Mempunyai Skrin Bersaiz 6.3 Inci Dan Pemproses Lapan Teras.

Note 3
Samsung sebelum ini telah mengeluarkan Galaxy Note 2 dengan skrin 5.5 inci menjadikannya telefon dengan skrin paling besar pada ketika itu. Namun takhta itu telah terlepas apabila baru-baru ini Huawei telah pun melancarkan telefon mereka yang mempunyai skrin 6.1 inci iaitu Huawei Ascend Mate. Namun nampaknya ada khabar angin yang menyatakan bahawa Samsung akan memegang takhta telefon dengan skrin paling besar semula apabila mereka dikatakan akan mengeluarkan telefon dengan saiz skrin 6.3 inci iaitu Samsung Galaxy Note 3.

Samsung galaxy Note 3 dikatakan akan dilancarkan dengan skrin 6.3 inci, hanya 0.2 inci melebihi Huawei Ascend Mate. Apa yang menarik telefon ini juga dikatakan akan menggunakan pemproses Exynos 5, iaitu pemproses terbaru yang baru diperkenalkan oleh Samsung pada CES 2013 yang baru saja lepas. Pemproses ini mempunyai jumlah keseluruhan 8 teras yang terdiri daripada 2 cip 4 teras. Satu unit pemproses adalah berasas ARM Cortex-A15 yang berkelajuan 1.8Ghz manakala satu lagi adalah berasas ARM Cortex-A7 yang berkelajuan 1.2Ghz.

Jika anda menganggap galaxy note 2 sudah cukup besar, adakah anda dah bersedia untuk memenuhkan poket seluar anda dengan telefon sebesar ini?.

Sumber : The Korea Times

Samsung Galaxy Note Akan Mendapat Kemaskini Premium Suite Terbaru Dengan Ciri Dwi-Tetingkap

samsung-galaxy-note

Pada bulan November lepas, model Samsung Galaxy Note yang asal telah mendapat kemaskini “premium suite” pertama mereka yang dibekalkan dengan Android versi 4.0 Ice Cream Sandwich dan aplikasi baru TouchWiz. Hari ini, Samsung telah mengesahkan bahawa kemaskini yang kedua premium suite akan tiba pada peranti tersebut tidak lama lagi.

Kenyataan yang muncul dari laman web Samsung Galaxy Note telah memberitahu bahawa kemaskini terbaru itu akan membawakan Android versi 4.1 Jelly Bean dengan ciri dwi-tetingkap (multi-window), pop-up video/pelayar-web/aplikasi nota, nota foto/bingkai foto, klip pemudah, paper artist, S Planner dan apikasi emel. Tambahan lain dalam kemaskini tersebut termasuklah beberapa ciri dalam Android Jelly Bean seperti Google Now dan Project Butter.

Tidak ada sebarang maklumat lanjut mengenai bilakan tarikh sebenar kemaskini premium suite ini akan keluar. Tapi dengan kedatangan kemaskini Android 4.1.2 Jelly Bean keatas beberapa peranti, dan kedatangan acara CES dan MWC lagi, kami menjangka Samsung tidak akan mengambil masa yang lama untuk melancarkan kemaskini baru ini keatas peranti Galaxy Note versi yang pertama mereka.

Sambung baca seterusnya →

Peluang Bersama Yuna Di Dalam ‘The Sparkle Project’

Anda peminat Yuna? Berita baik untuk para pembaca kami dan juga peminta Yuna. Anda kini berpeluang bertemu Yuna dalam acara premier ekslusif projek video klip ‘Sparkles’ ( The Sparkle Project ) Yuna dengan kerjasama Samsung. Kami ingin memilih 2 orang dari pembaca blog MalayAndroid.com untuk dijemput bersama ke acara tersebut yang akan diadakan pada 21 Mei ini pada jam 4 petang di restoran DELIcious, Kuala Lumpur.

Apa yang anda perlu lakukan ialah syarat pertama anda perlu ‘LIKE’ page kami terlebih dahulu dan seterusnya anda dikehendaki komen pada artikel ini dan berikan sebab kenapa anda ingin pergi ke acara ini dan kenapa anda minati Samsung. Ianya sangat mudah! Dan syarat tambahan lagi ialah, kami hanya akan memilih blogger sahaja. Keputusan pertandingan ini akan kami umumkan pada petang atau malam hari Jumaat ini di Page MalayAndroid.com di Facebook.

The Sparkle Project‘ ialah satu projek klip video muzik Yuna yang jalan ceritanya merupakan atas kerjasama peminat Yuna dan video muzik ini akan dirakam sepenuhnya menggunakan Samsung Galaxy Note. Video muzik ini akan diarahkan oleh Quek Shio Chuan, seorang pengarah baru.

Jumpa kita disana!