All posts tagged Gameloft

Semua Gameloft Berharga $0.99 Bermula Disember 29 Harini

Jikalau anda seorang pengguna Android yang menyukai permainan, ini berita baik untuk anda, syarikat Gameloft akan memberikan diskaun terhadap semua permainan mereka untuk promosi akhir tahun iaitu berharga $0.99 (RM3.13) bermula Disember 29, 2011 hari ini hingga 5 Januari, 2012.

Namun pada masa sekarang kami melihat dalam Market, masih belum lagi ditukarkan harganya kepada promosi dan kami menjangkakan ianya akan bermula dengan masa di Amerika sana. Antara permainan Gameloft yang popular adalah seperti Modern Combat 3: Fallen Nation, Asphalt 6: Adrenaline HD, N.O.V.A. 2 HD, Assassin’s Creed™, The Adventures of Tintin HD dan lain-lain.

Anda boleh lihat semua senarai permainan Gameloft dalam Market disini.

Sumber: Android Police

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site