All posts tagged Games

Lihat Bagaimana Permainan Grand Theft Auto: Vice City Untuk Android Dimainkan

Seorang pengguna di YouTube bernama lionking853 telah memuat naik video permainan Grand Theft Auto: Vice City untuk Android. Menggunakan peranti Samsung Galaxy S 3, perjalanan permainan tersebut kelihatan sangat lancar dan sama seperti versi di PC dahulu.

Beberapa hari lepas pihak Rockstar mengumumkan bahawa mereka menarik balik permainan tersebut dari Google Play Store atas beberapa masalah, dan berkata akan segera menyelesaikannya dan akan dikeluarkan semula ke Play Store selewatnya hujung minggu hadapan.

Kami merupakan peminat besar kepada permainan Grand Theft Auto, dan kami sangat tidak sabar untuk mendapatkan permainan ini dalam peranti Android kami bila ia muncul dalam Google Play Store. Lihat pada video kami sediakan dibawah untuk melihat bagaimana permainan ini dimainkan.

Sambung baca seterusnya →

Permainan Klasik RPG, Final Fantasy 4 Akan Muncul Untuk Android Pada Tahun 2013

Square Enix telah mengumumkan bilakah tajuk permainan Final Fantasy baru akan keluar, mungkin sebagai persediaan kepada pemain untuk mula mengumpul wang dari sekarang untuk beli permainan tersebut apabila ia dilancarkan kelak. Final Fantasy yang ke-4 akan muncul dahulu di iOS pada 20 Disember, manakala pemain dari Android akan melihatnya muncul di Google Play Store pada awal tahun hadapan 2013.

Final Fantasy 4 dianggap sebagai permainan RPG yang terbaik pernah dihasilkan oleh Square Enix, kerana mempunyai jalan cerita yang baik dan beberapa watak yang disukai oleh para peminat. Sistem Active Time Battle juga telah diperkenalkan pada permainan ini yang masih digunakan oleh banyak permainan RPG baru sehingga kini.

Sambung baca seterusnya →

Senarai Permainan Yang Akan Dikeluarkan Gameloft Bocor?

* Kemaskini 12/12/2012 : senarai permainan terpaksa dikeluarkan atas arahan Gameloft.

Berita baik untuk semua peminat Gameloft atau peminat permainan umumnya. Gameloft, salah satu pembangun dan penerbit permainan terkenal, dikatakan telah bocor segala senarai permainan tahun 2013 mereka. Menurut sumber asal cerita yang kami terima ini, senarai yang bocor tersebut adalah muktamad. Namun seperti biasa, jika tiada kenyataan rasmi, kami hanya akan anggap cerita ini masih lagi dalam peringkat spekulasi sahaja.

Inilah senarai tajuk permainan tersebut yang dikatakan keluar nanti.

* Kami terpaksa mengeluarkan senarai tersebut atas arahan Gameloft, harap maklum. Segala kesulitan amat dikesali.

Sambung baca seterusnya →

Humble Bundle For Android #4 Diumumkan: 5 Permainan Terbaik Dengan Harga Anda Sendiri Tentukan

Humble Bundle merupakan program kegemaran kami yang ditawarkan oleh pembangun permainan kepada komuniti. Kerana anda boleh menentukan sendiri harga yang anda ingin beli setiap bundle yang mereka tawarkan dan kita akan mendapat permainan yang terbaik dalam stor aplikasi Android.

Dan kini, mereka telah memasuki versi yang ke-4 untuk Humble Bundle for Android.

Kebanyakan tajuk permainan tersebut agak baru, anda juga mungkin pernah ternampak ketika membuka Play Store, dan senarainya untuk #4 adalah:

  • Splice
  • Eufloria
  • Waking Mars
  • Crayon Physics Deluxe
  • Superbrothers: Sword & Sourcery EP

Promosi ini akan berjalan selama 2 minggu, bermakna ianya akan tamat pada 22 November 2012 nanti. Jadi pergi ke laman web mereka sekarang dan belilah offer nih (jika anda sayangkan industri pembangunan aplikasi dan permainan la).

Halaman web Humble Bundle for Android.

Grand Theft Auto III Diturunkan Harga Pada $0.99 Hingga 28 Mei Ini

Bersempena dengan sambutan Hari Memperingati hujung minggu ini di U.S, Rockstar telah menurunkan harga permainan Grand Theft Auto III mereka daripada $4.99 (RM15.72) kepada $0.99 (RM3.12) hingga Isnin ini, 28 Mei 2012.

Grand Theft Auto III bringing life the dark and seedy underworld of Liberty City. With a massive and diverse open world, a wild cast of characters from every walk of life and the freedom to explore at will, Grand Theft Auto III puts the dark, intriguing and ruthless world of crime at your fingertips.

With stellar voice acting, a darkly comic storyline, a stunning soundtrack and revolutionary open-world gameplay, Grand Theft Auto III is the game that defined the open world genre for a generation.

Jangan hirau dengan harga yang ditunjukkan dalam widget AppBrain ini, mereka mungkin belum update database mereka.