
Sebuah berita spekulasi lagi muncul mengenai Nexus 5, kali ini dikatakan akan menggunakan teknologi kamera Nikon pada peranti tersebut.
Sumber dari Phonearena berkata, peranti tersebut akan menggunakan teknologi sensor kamera tiga perkara dengan jenama daripada Nikon. Fungsi kamera ini dikatakan akan menjadi titik jualan utama Nexus 5 nanti.
Malah Vic Gundotra, Naib Presiden Kanan Kejuruteraan Google berkata dalam profil Google+ beliau bahawa mereka akan memberi penekanan lebih kepada kualiti kamera untuk peranti Nexus akan datang. Apabila ditanya mengenai adakan peranti Nexus akan datang akan menggantikan kamera DSLR, beliau menjawab “Kami komited untuk membuat menjadikan kamera Nexus lebih menarik lagi. Anda hanya perlu tunggu dan lihat.”
Menjadikan fakta ini lebih menarik lagi, Google dan Nikon telah berkerjasama sejak tahun lepas dalam menghasilkan kamera pertama yang menggunakan sistem operasi Android, iaitu bagi model Nikon Coolpix S800c. Malah pada tahun lepas juga, Google ada membeli syarikat aplikasi Snapseed, yang membolehkan pengguna menyunting imej supaya tampak lebih menarik lagi.

































