All posts tagged Google Now

Fungsi Google Now Dari Android Akan Dibawa Ke Pelayar Web Chrome

Google dilihat semakin merapatkan lagi segala produk mereka, dan hari ini kami melihat ahli Chrome telah bersedia untuk membawa Google Now ke dalam pelayar web Chrome.

Menurut beberapa pemerhati, kod tersebut telah dimasukkan kedalam projek Chromium bagi menyediakan rangka untuk mengimplementasi Google Now ke Chrome. Kita pasti akan dapat lihat lebih banyak lagi pembaharuan dibawa pada hari pelancarannya nanti.

Kami tidak pasti bagaimanakah rupa Google Now itu akan muncul dalam pelayar web, tapi kami tidak sabar untuk melihat hasilnya apabila sempurna nanti. Dengan meningkatnya penerimaan terhadap Chromebooks dan pengguna pelayar web Chrome yang ramai, langkah Google ini menjadikan produk mereka menjadi menarik dan sangat berguna.

Sambung baca seterusnya →

Tambahan Kad Google Now Dan Arahan Suara Baru Dalam Kemaskini Terbaru Google Search

Kemaskini baru untuk Google Search telah tiba di Google Play Store bagi peranti yang menjalankan sistem operasi Android 4.1+ Jelly Bean. Kemaskini terbaru itu memperkenalkan beberapa kad baru untuk Google Now, bersama-sama dengan beberapa arahan suara yang baru. Kini anda boleh kad Now untuk memberitahu perkara yang sedang berlaku sekeliling anda, termasuklah cadangan untuk bantu melakukan kajian, pas penerbangan (Hanya untuk mereka di U.S. sahaja ketika ini), cuaca di tempat yang ingin anda lawati, dan pelbagai lagi.

Untuk bahagian arahan suara, anda boleh memberitahu peranti Android anda untuk post terus ke Google+, memberitahu apakah lagu yang anda ingin mainkan dan melakukan imbasan kodbar dari peranti anda.

Senarai pembaharuan dari kemaskini itu.

Kad baru

  • Perkara yang berlaku sekeliling anda
  • Cadangan untuk bantu melakukan kajian anda
  • Pas penerbangan dari aplikasi Gmail (Hanya untuk mereka di U.S. sahaja ketika ini)
  • Carian dari kamera apabila anda di tempat muzium atau kedai
  • Cuaca di tempat yang anda ingin lawati
  • Anggaran ringkas bulanan bagi aktiviti berjalan kaki dan berbasikal

Arahan suara baru

  • Post terus ke Google+
  • Tanya “What’s this song?” untuk mengetahui lagu apakah yang dipasang
  • Tanya “Scan a barcode” untuk mengetahui info produk

Sambung baca seterusnya →

Popular Science Menamakan Google Now Sebagai Inovasi Terbaik Tahunan

Semenjak dilancarkan dengan Android Jelly Bean 4.1 di Google IO, Google Now telah banyak membantu pengguna mendapatkan data dengan tepat, dan lebih pantas, hanya dengan pengesanan suara kita. Kini bukan sahaja pengguna Android yang mengakui perkhidmatan Google Now ini hebat, malah syarikat penerbitan Popular Science juga meletakkan aplikasi dari Google ini sebagai Inovasi Terbaik tahunan, meninggalkan aplikasi Siri dari Apple ke tepi.

Ini merupakan penghargaan terbesar untuk Google Now, meletakkan aplikasi tersebut seiring dengan syarikat terkemuka pengeluar kamera, Hadron Collider, dan diikuti dengan servis Google lain iaitu Google Maps.

Ketua editor Popular Science, Jacob Ward memberi komen atas Google Now ini:

Voice interfaces like Siri seem outdated by comparison. With Google Now, you don’t pull the phone out when an idea occurs to you. You pull it out when an idea occurs to it.

Walaupun begitu, Google Now masih lagi dalam peringkat awal kemunculan, dan seperti yang diberitahu dalam Google IO, masih banyak lagi ciri-ciri baru yang akan dimasukkan kedalam perkhidmatan ini nanti.

Sumber: Popular Science

Ulasan Android 4.1 Jelly Bean Pada Samsung Galaxy Nexus

Screenshot_2012-06-29-13-18-18-570x300

Sudah agak lama saya tidak menulis sebarang artikel di blog ini kerana agak sibuk dengan komitmen tugasan harian, tapi pada hari ini saya meluangkan sedikit masa untuk menulis sedikit ulasan Android 4.1 Jelly Bean pada Samsung Galaxy Nexus. Untuk makluman, kemaskini rasmi Jelly Bean untuk Samsung Galaxy Nexus hanya akan keluar pada pertengahan Julai nanti dan apa yang saya tunjukkan dalam ulasan kali ini cuma versi previu yang diedarkan oleh Google semasa acara Google I/O 2012 baru-baru ini. Saya terpaksa root Galaxy Nexus saya untuk mengemaskini kepada Jelly Bean ini secara manual.

Untuk memudahkan pemahaman pembaca, saya tidak akan mengulas panjang lebar sebaliknya saya akan senaraikan setiap ciri-ciri satu persatu.

Ciri-ciri baru yang terdapat dalam Jelly Bean:

1. Unlock Screen

Google melakukan sedikit modifikasi pada skrin nyah-kunci dalam Jelly Bean, iaitu tambahan menu baru “Google” pada bahagian atas bulatan, ia merupakan shortcut kepada fungsi baru “Google Now” yang akan saya terangkan kemudian nanti. Juga terdapat penambahbaikan terhadap fungsi nyah kunci berasakan muka (face unlock) yang kini mempunyai ciri-ciri untuk mengesan kelipan mata (eye blink) untuk menjadikannya lebih selamat.

2. Google Now

Google Now adalah satu perkhidmatan yang membenarkan anda membuat carian ataupun arahan ringkas dalam bentuk suara melalui peranti anda. Google Now direka supaya lebih memahami kehendak pengguna dengan memaparkan informasi yang berguna berdasarkan masa, lokasi, dan juga sejarah/rekod carian atau penggunaan sebelumnya. Setakat ini fungsi ini belum lagi menyokong penggunaan Bahasa Malaysia, namun berdasarkan percubaan saya ia dapat mengesan hampir 100% tepat arahan-arahan yang saya sebutkan dalam Bahasa Inggeris. Pertanyaan umum seperti “Do I need an umbrella tomorrow?” dan “What is the time now?” dijawap dengan begitu tepat dan pantas.

Sambung baca seterusnya →