All posts tagged Google Wallet

Muat Turun Aplikasi Google Wallet Ke Telefon Galaxy Nexus Anda (APK)

Jikalau anda kini seorang pemilik LTE Google Nexus yang baru (tahniah), anda mungkin terkilan kerana aplikasi Google Wallet disekat dari dimuat-turun ke dalam telefon anda, namun kini ada berita baik dari forum XDA, kerana kini anda boleh muat turun fail APK Google Wallet tersebut dan masukkan ke telefon anda, tak perlu lakukan root dahulu.

Dan setiap kali anda masukkan Google Wallet tersebut, anda akan menerima percuma kredit sebanyak $10.00 dalam peranti telefon anda, tak pasti samada rakyat Malaysia boleh menerima kredit percuma tersebut dengan kaedah sama.

Jadi cepat muat turun fail APK tersebut dan masukkannya dalam telefon anda sekarang. Hanya untuk pemilik LTE Google Nexus sahaja, telefon lain kami tidak berapa pasti lagi, tapi tak salah kalau nak mencuba.

Sumber: Forum XDA dan Android Police

Video Demo Penggunaan Google Wallet Melalui Google Nexus

Kami terjumpa video yang menarik ini dalam thread Reddit, video demo yang menunjukkan bagaimana seorang pengguna Google Nexus menggunakan aplikasi Google Wallet untuk membayar minyak petrol di stesen minyak di U.S. sana.

Kami sangat tak sabar untuk menggunakannya suatu hari nanti. Tolong Google, tunaikanlah hajat kami orang di Asia sini!

Sumber: Reddit