All posts tagged HTC

HTC One Dilancarkan Bagi Pasaran Malaysia. RM2299 Untuk Versi 32GB Dan RM2499 Untuk Versi 64GB.

L2R - Yoon Kam Fei, KH Lim, Melvin Tham, Zalman Aefendy, Praveen Rajan, Goh Thih Liang, SK Wong, Jack Tan
HTC Malaysia semalam melancarkan telefon utama terbaru mereka iaitu HTC One untuk pasaran Malaysia. Didatangkan dengan beberapa ciri-ciri menarik antaranya HTC Blinkfeed, HTC Zoe dan juga HTC BoomSound, ianya dijangkakan bakal menarik minat pengguna telefon pintar Malaysia dan mampu bersaing dengan jenama lain seperti Samsung.

HTC BoomSound menawarkan bunyi berkualiti stereo dengan penguat bunyinya sendiri disamping turut dengan integrasi Beats Audio yang memberikan anda pengalaman yang lebih mengasyikkan sewaktu anda mendengar muzik, menonton video mahupun menonton YouTube.

HTC Sense TV pula adalah satu aplikasi yang disediakan oleh HTC bagi mengguna pakai pemancar infrared yang disediakan untuk menjadikan telefon ini kepada alat kawalan jauh. Malah anda boleh mengawal dekoder Astro anda dengannya.

Rekaan badannya adalah jenis aluminium unibody yang menjanjikan tiada ruang cantuman yang menjamin kualiti binaan yang kemas. Telefon ini mempunyai skrin HD penuh (1080p), dilengkapi dengan sistem pemprosesan terbaru Android Jelly Bean dan juga siap sedia untuk digunakan pada rangkaian LTE.
Sambung baca seterusnya →

HTC First (Myst), Telefon Facebook Mula Terdedah?.

HTCFirst
Ura-ura pengenalan kepada telefon Facebook yang dikatakan akan menggunakan antaramuka Facebook Android ubahsuai yang diwar-warkan akan diumumkan esok mula didedahkan satu persatu informasinya apabila @evleaks memaparkan gambar yang dikatakan merupakan telefon berkenaan.

Telefon berkenaan yang dikatakan akan menggunakan jenama HTC dipaparkan mempunyai tiga butang kapasitif dengan salah satu butang kapasitif mempunyai simbol bulat iaitu yang di tengah sekali antara butang berkenaan yang seakan-akan I Phone ( Diharap HTC tak kena saman pasal simbol bulat ni! ). Telefon berkenaan dikenali sebagai HTC First yang sebelum ini dikatakan turut juga dikenali dengan nama kod Myst.

Sambung baca seterusnya →

HTC One Memenangi Anugerah Telefon, Peranti Ataupun Tablet Baru Terbaik Di MWC 2013.

one
HTC One di umumkan sebagai peranti baru terbaik di MWC 2013. Telefon berkenaan yang dijangkakan akan diumumkan di Malaysia dalam masa terdekat dipilih sebagai pemenang oleh barisan juri yang terdiri daripada komuniti analis dan pakar industri di acara tersebut.

Benjamin Ho iaitu ketua bahagian pemasaran HTC dipetik berkata mereka merasa gembira dengan reaksi pengguna dan pakar dari industri dengan telefon mereka yang memiliki beberapa ciri-ciri terbaru itu.

Barcelona, Spain — HTC’s newly launched HTC One was presented with the GSMA award for the best new mobile handset, device or tablet. Voted for by a panel of industry experts from the media and analyst communities, the award recognises the mobile device that the judges believe holds the most promise for success in the market this year, providing game-changing features, design or functionality. With its sleek design, revolutionary home screen experience, superior audio and breakthrough camera technology, the HTC One has made a significant impact at this year’s Mobile World Congress, impressing judges and delegates alike.

Benjamin Ho, Chief Marketing Officer for HTC accepted the award commenting, “We are delighted by the reactions from both consumers and the industry to the new HTC One. It is a device that has been years in the making and is one of which we are incredibly proud. With exciting features like BlinkFeed, BoomSound, UltraPixel camera combined with the zero gap aluminium body design, we believe that the HTC One will really change the way that people use their phones, revolutionising the overall mobile experience.”

The GSMA accolade concludes an award-winning event for HTC, with the HTC One also receiving recognition from both Tech Radar (“Best Phone” and “Best in Show”) and Mobile Geeks (“Best Smartphone”).

Servis HTC Zoe Share Telah Dihidupkan, Mempamerkan Kemampuan Kamera Pada HTC One

HTC Zoe Share

Walaupun majlis pelancaran HTC One hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi, namun ini tidak menghalang pihak HTC untuk memperkenalkan servis yang terdapat dari peranti terbaru itu. Apa yang kami maksudkan adalah HTC Zoe Share, sebuah aplikasi kolaj foto yang merakamkan video dengan foto dan dicampurkan dengan muzik di belakangnya.

Kurang jelas dengan apa yang kami terangkan? Lihat pada video yang kami sediakan dibawah.

Pihak blog Android and Me telah menyenaraikan beberapa klip yang dilakukan dari aplikasi Zoe Share itu. Sila buka setiap senarai yang kami letakkan dibawah.

Sambung baca seterusnya →

HTC Telah Menghasilkan Perisian Khas Untuk Pengguna Bertukar Dari iPhone Ke HTC One

HTC One

HTC akan melancarkan peranti telefon pintar HTC One mereka pada bulan ini, dan syarikat Korea itu telah menyediakan solusi untuk membantu para pemilik Apple iPhone untuk bertukar ke telefon baru utama mereka itu nanti. Memperkenalkan perisian HTC Sync yang boleh didapati untuk sistem operasi Windows dan OSX, ia boleh membantu pada pengguna iPhone untuk backup data mereka dari peranti Apple tersebut, ke HTC One.

HTC memberitahu bahawa mereka akan mengeluarkan perisian ini pada tarikh yang sama dengan pelancaran HTC One. Dengan perisian ini, pengguna iPhone dapat mengambil semua data mereka dari iTunes, dan sync dengan HTC One. Antara data yang anda boleh backup termasuklah mesej, foto, video dan muzik.

Persoalannnya sekarang, akan ada ke pengguna iPhone yang mahu bertukar ke HTC One ini nanti? Kami tidak mahu lagi memberikan jawapan buat masa ini. Namun jikalau terdapat pengguna iPhone yang mahu melakukan anjakan paradigma dalam hidup mereka kepada Android, pihak HTC sedia membantu anda.

Sambung baca seterusnya →