All posts tagged Intel

Telefon Pintar Android Dengan Pemproses Intel Diperlihatkan Di CES 2012

Dalam majlis CES baru-baru ini, Intel banyak memfokuskan tentang komputer ultrabooks mereka kepada hadirin semasa sesi persembahan, namun Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Otellini juga ada berkata bahawa, Intel kini ada juga memberi tumpuan dalam membangukan pemproses mereka sendiri untuk telefon pintar.

Dipamerkan kepada orang ramai di lantai persembahan di Las Vegas Convention Center, Intel telah menunjukkan reka bentuk telefon pintar yang menggunakan Android dengan menggunakan cip baru mereka yang dipanggil Atom Z2460. Namun begitu, Intel masih belum bercadang untuk memasarkannya di pasaran konsumer, sebaliknya mereka mahu menunjukkan demo bagaimana pembangun telefon pintar boleh menghasilkan sesebuah peranti mereka dengan menggunakan cip Intel, dan bukan ARM.

Walaupun dukacita dengan pemberitahuan itu, namun kami tak sabar ingin mencuba peranti Android yang dikuasai dengan cip Intel tersebut. Mungkin di masa akan datang ia pasti akan muncul. Spesifikasi ringkas mengenai telefon pintar yang Intel pamerkan itu adalah: Paparan skrin 4-inci, kamera 8 MP, video hi-def, HDMI, giroskop 3D, WiFi, Bluetooth dan keupayaan NFC.

Sumber: Forbes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site