All posts tagged Jelly Bean

Kemaskini Android 4.2.1 Untuk Samsung Galaxy S 3 Telah Terlepas, Dikatakan Akan Hadir Selepas Majlis Pelancaran Galaxy S 4

White-Samsung-GALAXY-S3

Menurut sumber berita dari Sam Mobile, pengguna Samsung Galaxy S 3 akan menerima kemaskini terbaru Android 4.2 dalam masa sebulan lagi. Namun begitu, pihak Samsung ada mengeluarkan juga kemaskini pra binaan ROM Android 4.2.1 yang boleh digunakan oleh semua pengguna.

Oleh kerana ianya masih dalam peringkat pra-binaan, kami menjangkakan ianya pasti akan mempunyai beberapa bug kecil dalam ROM tersebut. Jikalau anda berminat untuk menjadi pengguna yang terawal mendapatkan kemaskini Android ini, anda boleh muat turunnya dari laman web Sam Mobile disini.

Seperkara yang anda harus tahu, pakej kemaskini terbaru ini tidak mempunyai firmware modem, namun begitu modem anda yang ada pada peranti sebelum ini masih lagi boleh digunakan. Berikut adalah senarai kemaskini terbaru tersebut.

  • Efek Ripple pada lockscreen telah ditambahbaik
  • Lockscreen dengan widget
  • Daydream (Settings > Display)
  • Tambahan baru pada fungsi pemberitahuan
  • Pemberitahuan kini mempunyai banyak fungsi baru
  • Arahan suara (membolehkan anda mengawal beberapa fungsi telefon anda dengan arahan suara)

Satu perkara yang dibangkitkan oleh blog Android Authority memberitahu bahawa didalam kemaskini Android 4.2.1 ini, pihak Sam Mobile tidak menyatakan tentang Photo Sphere? Adakah Samsung telah menggantikannya dengan Samsung Orb? Aplikasi dengan fungsi yang sama cumanya nama yang berbeza. Kami masih lagi tertanya lagi mengenai perkara ini.

Sambung baca seterusnya →

Samsung Mula Lepaskan Kemaskini Jelly Bean 4.1.2 Untuk Samsung Galaxy S2.

s2
Berita baik untuk pengguna-pengguna model Samsung Galaxy S2, Samsung dikatakan baru saja melepaskan kemaskini Jelly Bean 4.1.2 bagi model berkenaan bagi versi antarabangsa termasuk Malaysia.

Anda boleh menyemak status kemaskini berkenaan bermula sekarang melalui telefon anda ataupun menggunakan aplikasi KIES untuk telefon Samsung. Untuk makluman, tidak semua telefon boleh mendapat kemaskini terbaru ini secara serentak. Jadi, anda dinasihatkan jangan berasa panik atau hairan jika rakan anda mendapat kemaskini dahulu sebelum anda atau sebaliknya. Ada sesetengah kes anda tidak mendapat kemaskini jika diperiksa melalui telefon tetapi mendapat kemaskini pula jika menggunakan aplikasi KIES. Kami menasihatkan anda cuba gunakan kedua-dua cara untuk menyemak kemaskini berkenaan.

Antara ciri-ciri terbaru yang akan didapati oleh pengguna Samsung Galaxy S2 adalah :

- Prestasi lebih lancar dan stabil (project butter)
- Perubahan antaramuka (Sama seperti UI Galaxy S III dan Galaxy Note II)
- TouchWiz Nature UX
- Samsung S Cloud
- Kamera yang dipertingkatkan
- Lockscreen baru dengan lebih pilihan ubahan
- Ciri baru seperti Direct Call, Smart Stay dan Pop-up Play
- Widget-widget baru (Sama seperti Galaxy S III)
- 2 mod Home screen
- Ruang notifikasi baru dan lebih togel notifikasi
- Google Now

Untuk maklumat lanjut dari masa ke semasa negara mana yang telah mendapat kemaskini berkenaan, sila ke laman web sammobile.

Sumber : Sammobile

Samsung Korea Memberitahu Kemaskini Jelly Bean Akan Tiba Untuk Peranti Samsung Galaxy S 2

Samsung Galaxy S 2 Jelly Bean Malay Melayu Malaysia

Mengikut perancangan asal, Samsung Galaxy S 2 sepatutnya mendapat kemaskini Jelly Bean pada tahun lepas lagi, tapi baru hari ini pihak Samsung Korea mengumumkan kemaskini baru itu akan tiba dalam masa terdekat. Seperti biasa, Samsung tidak memberikan tarikh bilanya ianya akan keluar kepada umum.

Tetapi satu benda yang pasti, pihak Samsung ada memberikan butiran lanjut mengenai kemaskini mereka akan berikan itu nanti. Menurutnya, anda perlu lakukan kemaskini dengan Kies, ruang 1GB anda harus korbankan untuk kemaskini, dan itu bermakna, setelah selesai anda mendapat Jelly Bean, storan dalaman peranti anda akan menjadi 11GB sahaja.

Berikut adalah senarai kemaskini yang disediakan oleh sumber SamMobile:

Senarai perubahan sistem dari Ice Cream Sandwich kepada Jelly Bean

  • Menambahbaik skrin utama dan prestasi skrol (terima kasih kepada Project Butter)
  • Menambahbaik kebolehgunaan beberapa aplikasi

Aplikasi yang akan dilengkapi

  • Penambahan Help
  • Penambahan Google+
  • Penambahan +Talk
  • Penambahan Play Book
  • Penambahan Play Movie

Sambung baca seterusnya →

HTC One S Akhirnya Akan Menerima Kemaskini Android 4.1 Jelly Bean

HTC-One-S-Lineup

HTC ada memberitahu bahawa kemaskini Android 4.1 Jelly Bean akan tiba untuk peranti HTC One S dan model One yang lain, dan pada hari ini (akhirnya), versi kemaksini Android 4.1.1 telah datang untuk peranti HTC One S. Walaupun sebelum itu terdapat spekulasi memberitahu kemaskini Android tersebut sepatutnya datang pada bulan Oktober yang lepas.

Kemaskini tersebut adalah untuk peranti HTC One S versi antarabangsa, jadi mereka di Malaysia yang memiliki peranti ini akan mendapat tanda kemaskini pada telefon pintar mereka tidak lama lagi. Fail kemaskini tersebut adalah bersaiz 612MB, membawakan pelbagai pembaharuan, termasuklah widget yang boleh diubahsuai, carian suara yang diperbaiki, dan sokongan Google Now.

Anda boleh kemaskini peranti anda melalui OTA, ataupun sambungan ke PC anda. Tapi bagi mereka yang dah root HTC One S mereka, kemungkinan anda sudah lama menggunakan Jelly Bean dalam telefon pintar anda (andaian kami sahaja). Jikalau anda telah dapat kemaskini ini, sila kongsikan komen anda dalam ruangan dibawah.

Sambung baca seterusnya →

Android Versi 4.1.1 Tiba Untuk Peranti Samsung Galaxy Tab 2 10.1, Kemaskini Bermula Di UK

Walaupun versi Android Jelly Bean belum meluas pada peranti Android ketika ini, tapi syarikat pengeluar telefon seperti Samsung sedang berusaha memberi kemaskini baru Android kepada pengguna mereka. Post terakhir kami akan cerita mengenai kemaskini Android adalah kepada peranti Samsung Galaxy Tab 2 10.1 versi Wi-fi sahaja (Nombor model GT-P5110).

Kemaskini Android Jelly Bean 4.1.1 untuk peranti 10 inci tablet itu bermula untuk pengguna di negara UK, seterusnya ia akan dikeluarkan kepada pengguna seluruh dunia. Pemilik Galaxy Tab 2 10.1 boleh mendapat kemaskini melalui peranti mereka dari over-the-air (OTA) atau KIES.

Maklumat lanjut mengenai kemaskini ini adalah seperti dibawah:

Nombor produk: GT-P5110TSABTU
PDA: P5110XXCLK7
CSC: P5110OXACLK7
Tarikh binaan: 23-11-12

Sambung baca seterusnya →