
LG telah melancarkan telefon pintar baru mereka semalam di London iaitu LG Prada 3.0, yang menjanjikan rekabentuk yang eksklusif dan bergaya kepada pengguna.
Telefon ini telah dihasilkan dengan usahasama LG dan syarikat fesyen tersebut, untuk memastikan pemilik bukan sahaja melihat telefon ini sebagai anggun, malah spesifikasi didalamnya juga memiliki prestasi yang terbaik. Sesuatu yang istimewa mengenai LG Prada 3.0 ini adalah, cover di bahagian belakang menggunakan sejenis kulit khas yang kelihatan seperti plastik yang dinamakan sebagai Saffiano.
Spesifikasi
Dimensi Saiz: 127.5 x 69 x 8.5 mm
Jenis Paparan: IPS LCD kapasitif skrin sesentuh, 16 juta warna
Saiz Peranti: 480 x 800 piksel, 4.3 inci (~217 ppi kepadatan piksel)
Processor: Dual-core 1 GHz Cortex-A9, TI OMAP 4430, PowerVR SGX540
OS: Android OS, v2.3 (Gingerbread)
Memori Dalaman: Storan 8 GB
Slot Kad Memori: microSD, sehingga 32GB
Kamera (Belakang): 8 MP, 3264×2448 piksel, fokus auto, LED flash
Kamera (Hadapan): 1.3 MP
Video: 1080p@30fps
Fungsi Lain (Kamera): Geo-tagging
Bateri: Lithium-Ion 1540 mAh
Kelajuan Data: HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLAN: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi hotspot
Bluetooth: Versi 3.0 dengan A2DP
USB: microUSB versi 2.0
Untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini anda boleh lihat lebih banyak info spesifikasinya di GSMArena. Telefon ini juga dipakejkan dengan beberapa aksesori yang menarik, antaranya adalah headphones dan alat pendengaran bluetooth, yang anda boleh lihat dari gambar di bawah.
Continue reading →
