All posts tagged Malaysia

Spekulasi: Harga Sony Xperia TX Dan Xperia V Di Malaysia Mungkin RM1,599

sony-xperia

Menurut sumber dari Lowyat.net, seorang pengguna dari laman forum tersebut telah berkongsi imej yang beliau ambil papan tanda harga dari sebuah kedai Sony di Kuala Lumpur, memberitahu harga peranti telefon pintar dari Sony iaitu Xperia TX dan Xperia V mungkin akan berharga RM1,599 apabila dilancarkan di Malaysia nanti.

xperia-tx-v-price

Agak terkejut kerana kedua-dua peranti tersebut mempunyai tag harga yang sama, walaupun peranti Xperia V dikatakan adalah telefon James Bond kerana peranti Xperia T tidak hadir ke Malaysia, dan jika dibuat perbandingan antara kedua-dua peranti tersebut, Xperia TX mempunyai kelebihan pada saiz skrin iaitu 4.55 inci, berbanding Xperia V yang 4.3 inci sahaja, storan dalaman Xperia TX juga lebih besar daripada Xperia V kerana TX – 16GB dan V – 8GB sahaja. Namun begitu, terdapat satu faktor pada Xperia V yang mungkin menjadikannya lebih baik dari Xperia TX, iaitu TX mempunyai sokongan rangkaian 4G, manakala Xperia V tiada 4G langsung. Anda tentukan sendiri mana satu fungsi yang anda rasa berbaloi atau tidak dalam kegunaan harian anda nanti.

Tapi kami harus ingatkan pada para pembaca kami bahawa harga ini masih belum rasmi di Malaysia. Sony Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya, malah jika dilihat pada laman web rasmi mereka pun nama kedua-dua model ini tiada. Jadi tolong jangan letakkan apa-apa harapan buat sementara waktu ini. Jika anda ingin kepastian, anda boleh pergi ke kedai Sony Malaysia di KLCC, kerana sumber gambar ini diperolehi disana.

Sambung baca seterusnya →

15 Telefon Android Anda Boleh Pilih Dari Pakej Komunikasi Belia

stupid-ass-phone-package-wth-fuck

Walaupun menerima banyak kritikan berkenaan isu pemberian rebat RM200 untuk warga muda untuk mendapat telefon pintar, Jabatan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberitahu bahawa insentif tersebut bertujuan untuk memberikan peluang kepada mereka yang tidak berkemampuan.

Pakej Komunikasi Belia yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 yang diadakan pada bulan September lepas bertujuan untuk menggalakkan anak muda, lebih-lebih lagi diluar bandar, untuk menikmati prasarana rangkaian broadband negara.

Mereka yang layak untuk menerima rebat RM200 ini boleh membeli telefon pintar 3G yang berharga RM500 senarai yang disediakan oleh SKMM sahaja. Dengan rebat berkenaan, mereka yang layak hanya perlu membayar RM300 untuk mendapatkan telefon baru mereka.

Sehubungan dengan itu, pihak Malay Android sendiri telah mengasingkan senarai telefon yang dikenalpasti menjalankan sistem operasi Android. Berikut adalah senarai.

  • Alcatel 993D
  • Alcatel OneTouch Glory 2
  • Alcatel OneTouch Inspire 2
  • HTC Wildfire
  • Huawei Ideos X3
  • LG Optimus L3
  • Ninetology Black Pearl II
  • Ninetology Palette
  • Samsung Galaxy Chat
  • Samsung Galaxy Mini
  • Samsung Galaxy Pocket
  • Samsung Galaxy Y
  • Sony Xperia Tipo
  • ZTE Acqua
  • ZTE V790

Sambung baca seterusnya →

Kawalan Isi Rumah Menggunakan Telefon Android?, Ciptaan Rakyat Malaysia.

Mungkin anda pernah melihat diluar sana, diseluruh dunia amnya ciptaan yang menggunakan Android anda sebagai perantara kawalan sesuatu barang atau kereta misalnya seperti yang pernah muncul di Youtube sebelum ini. Malah terdapat juga telefon Android berjenama yang turut menyertakan aplikasi yang boleh mengawal barang-barang elektrik yang berjenama mereka yang disambungkan dengan jaringan rangkaian seisi rumah. Namun amat jarang sekali kita dapat melihat rakyat Malaysia berkecimpung, turut serta didalam rekaan seperti ini. Hari ini kami berpeluang mendedahkan salah seorang anak muda, rakyat Malaysia yang mereka cipta satu projek seumpama ini.

Saudara Luqman Hakim ialah pereka tersebut. Beliau mencipta satu litar elektronik yang menggunakan IC ataupun mikrocip PIC16F88 sebagai otak kepada penerima isyarat Bluetooth daripada telefon Android bagi mengawal barangan elektrik yang berkenaan. Mikrocip ini dengan voltan operasi 3.3v dengan maksimum arus sehingga 500 mikro Amp hanya berkelajuan 4 MHz sahaja. Menurut beliau lagi, beliau turut mereka sendiri aplikasi untuk perantara didalam Androidnya. Selain anda boleh menggunakan kit ini untuk mengawal kipas dan lampu, anda sebenarnya boleh mengawal peralatan lain mengikut kesesuaian anda. Kit ini dapat dikawal menggunakan telefon Android yang dilengkapi dengan aplikasi yang dibina oleh Luqman dengan dua cara. Pertama anda boleh gunakan secara biasa dengan menyentuh gambar suis pada skrin sentuh Android anda dan satu lagi ialah dengan menggunakan arahan suara. Menarik bukan?.

Anak muda ini yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Mekatronik daripada Politeknik Tanjung Malim Perak dan sekarang sudah bekerja di satu syarikat swasta di Kelana Jaya dikatakan sedang mengikuti kursus separuh masa di Universiti Teknologi Malaysia di dalam bidang kejuruteraan perisian.

Jika anda berminat mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi Android, elektronik dan sebagainya, anda boleh menghubungi saudara Luqman Hakim sendiri atau sila ‘LIKE’ pagenya di facebook iaitu ‘Loctronic’ . Menurut beliau selain melakukan projek-projek ini secara suka-suka sebagai hobi, beliau turut menyediakan perkhidmatan merekabentuk sistem elektronik, rekabentuk papan litar (PCB), aturcara bagi Microcontroller, aturcara perisian, aturcara aplikasi Android dan lain-lain bagi mereka yang memerlukan dengan caj yang tidak membebankan.

Berikut merupakan video Youtube mengenai projek kawalan peralatan rumah yang direkanya. Selamat menonton.