All posts tagged Pelancar

Go Team Melancarkan Next Launcher Dengan Harga $16

Ahli pembangun aplikasi GO, yang popular dengan aplikasi Go Launcher mereka, telah mengeluarkan sebuah aplikasi terbaru yang diberi nama Next Launcher. Ianya berharga $16 (RM48.94), mungkin agak mahal bagi kebanyakan orang, tapi dengan segala butiran yang kami lihat pada video yang diberikan, harga ini sangat berbaloi dengan apa yang anda akan dapat. Tapi dalam masa yang sama, kami perasan yang pelancar ini seakan sama dengan TSF Shell. Hmmmm..

Next Launcher memerlukan Android versi 2.3.3 ke atas untuk menjalankannya, dan pihak GO juga mencadangkan agar peranti anda mempunyai pemproses dual-core.

Sambung baca seterusnya →

Pelancar TSF Shell Pro Yang Hebat Akan Muncul

Pembangun C3D memperlihatkan aplikasi pelancar mereka yang kami rasakan sangat menarik sekali persembahan videonya, yang diberi nama TSF Shell Pro 3D. Sukar untuk kami jelaskan betapa hebatnya pelancar ini yang tidak pernah kami lihat fungsinya yang sebegitu rupa, namun video dibawah ini akan menunjukkan segala kemampuan pelancar ini boleh lakukan. Kagumilah!

Walaupun pelancar ini mempunyai pelbagai fungsi yang sangat hebat, namun kami rasakan pembangun patut mencantikkan lagi antara mukanya, dan ikon-ikon yang digunakan patut ditukarkan agar nampak tak terlalu seperti ‘Android di masa awal’ dahulukala. Bukan meniru Apple, cuma perlu digilapkannya lagi, lain-lain kami rasakan inilah pelancar yang ingin kami gunakan dalam telefon kami dan tablet, pasti ia nampak hebat dipandang oleh pengguna Android lain.

Pada ketika ini, pelancar ini masih lagi aktif dalam peringkat pembangunan, dan tiada lagi tarikh diberikan ianya akan dilancarkan, namun kami di MalayAndroid akan menjadi pihak yang pertama memberitahu anda bila ianya telah keluar nanti. Untuk sebarang info lanjut, lawati laman web mereka: TSF UI.

Sumber: Android Police