All posts tagged Pembangun

Winulator Membolehkan Permainan Lama PC Anda Dimainkan Di Android

Seorang pembangun bebas telah menghasilkan aplikasi yang membolehkan permainan PC lama anda seperti Age of Empires 2, atau Warcraft 2 contohnya, boleh dimainkan di peranti Android anda.

Menurut kenyataan pembangun tersebut, kebanyakan peranti terkini sudah pun mempunyai spesifikasi yang tinggi, mungkin lebih tinggi lagi dari PC yang lama, dan disitulah idea tersebut muncul. Untuk pembinaan yang ada sekarang, pembangun memberitahu bahawa aplikasi yang direkanya boleh menjalankan permainan yang menyokong memori tidak lebih 256MB, dengan kod API DirectX dan Win32 dari sistem Windows juga dibawa ke Android, kita boleh fikirkan lebih banyak tajuk boleh dibawa ke Android nanti.

Fikirkan yang ianya adalah seperti emulator yang boleh memainkan game PC pula. Lihat contoh melalui video yang kami sediakan dibawah, pembangun itu hanya menggunakan dua peranti Android miliknya iaitu Samsung Galaxy dan Asus Transformer Eeepad TFT-101.

Sambung baca seterusnya →

Program Pembangun Aplikasi Oleh Samsung

Nampaknya bukan sahaja Google mula menyediakan tempat latihan bagi para pembangun aplikasi Android, malah pihak Samsung juga bakal menyediakan program khas bagi membantu para pembangun menghasilkan aplikasi yang sempurna untuk platform Android dan Bada (?!) yang dinamakan sebagai program Samsung Developers.

Dengan kemunculan banyak syarikat penghasil telefon pintar memberikan tunjuk-ajar dan bantuan kepada para pembangun, kita bakal melihat banyak aplikasi dan permainan yang bermutu dan cantik dalam rekabentuk di masa hadapan nanti.

BTW, gadis dalam video itu cantik giler kan?