All posts tagged Permainan

Semua Gameloft Berharga $0.99 Bermula Disember 29 Harini

Jikalau anda seorang pengguna Android yang menyukai permainan, ini berita baik untuk anda, syarikat Gameloft akan memberikan diskaun terhadap semua permainan mereka untuk promosi akhir tahun iaitu berharga $0.99 (RM3.13) bermula Disember 29, 2011 hari ini hingga 5 Januari, 2012.

Namun pada masa sekarang kami melihat dalam Market, masih belum lagi ditukarkan harganya kepada promosi dan kami menjangkakan ianya akan bermula dengan masa di Amerika sana. Antara permainan Gameloft yang popular adalah seperti Modern Combat 3: Fallen Nation, Asphalt 6: Adrenaline HD, N.O.V.A. 2 HD, Assassin’s Creed™, The Adventures of Tintin HD dan lain-lain.

Anda boleh lihat semua senarai permainan Gameloft dalam Market disini.

Sumber: Android Police

Sega Mengeluarkan Permainan Lama Sonic Dan Server Mereka Kini Sarat

Semalam Sega mengeluarkan pengumuman kepada umum yang mereka telah mengeluarkan permainan lama Sonic ke dalam Android Market yang dinamakan sebagai Sonic CD, namun akibat terlampau ramai pemain permainan yang lama memuat turun permainan itu, terdapat berlaku masalah dengan server mereka untuk menampung jumlah muat turun yang banyak dalam satu masa.

Berikut kenyataan mereka:

In the past day, some of you may have experienced issues downloading Sonic CD where the app would sit indefinitely at 0% completion. Unfortunately, our content servers were running at capacity!

We are thrilled that Sonic CD is in such demand, but apologize for any inconvenience that this has caused users. We have now increased our server bandwidth tenfold to accommodate download traffic and the issue should now be resolved!

Kami rasa pada masa kami menulis blogpost ini masalah tersebut telah pun diselesaikan. Jikalau tidak, anda terpaksa menunggu lagi hingga server mereka semua pulih.

Continue reading →

Akhirnya Permainan Plants vs Zombies Memasuki Android Market

Setelah berbulan-bulan lamanya pengguna Android menunggukan berita gembira ini, akhirnya pihak syarikat PopCap telah mengumumkan dalam blog rasmi mereka yang permainan Plants vs Zombies dan Peggle telah memasuki Android Market secara rasmi.

Sebelum ini permainan tersebut telah pun berada dalam pasaran Android, tapi hanya di Amazon App Store sahaja, bermakna pengguna di luar Amerika tidak dapat membelinya, namun kini pengguna Android seluruh dunia kami rasakan boleh membelinya melalui aplikasi Android Market dalam telefon masing-masing, yang dijual dengan harga $2.99 = RM9.53 (Untuk pengguna Amerika) dan $3.10 = RM9.88 (Untuk pengguna luar Amerika).

Continue reading →

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site