All posts tagged Samsung Galaxy S 3

Kemaskini Android 4.2.1 Untuk Samsung Galaxy S 3 Telah Terlepas, Dikatakan Akan Hadir Selepas Majlis Pelancaran Galaxy S 4

White-Samsung-GALAXY-S3

Menurut sumber berita dari Sam Mobile, pengguna Samsung Galaxy S 3 akan menerima kemaskini terbaru Android 4.2 dalam masa sebulan lagi. Namun begitu, pihak Samsung ada mengeluarkan juga kemaskini pra binaan ROM Android 4.2.1 yang boleh digunakan oleh semua pengguna.

Oleh kerana ianya masih dalam peringkat pra-binaan, kami menjangkakan ianya pasti akan mempunyai beberapa bug kecil dalam ROM tersebut. Jikalau anda berminat untuk menjadi pengguna yang terawal mendapatkan kemaskini Android ini, anda boleh muat turunnya dari laman web Sam Mobile disini.

Seperkara yang anda harus tahu, pakej kemaskini terbaru ini tidak mempunyai firmware modem, namun begitu modem anda yang ada pada peranti sebelum ini masih lagi boleh digunakan. Berikut adalah senarai kemaskini terbaru tersebut.

  • Efek Ripple pada lockscreen telah ditambahbaik
  • Lockscreen dengan widget
  • Daydream (Settings > Display)
  • Tambahan baru pada fungsi pemberitahuan
  • Pemberitahuan kini mempunyai banyak fungsi baru
  • Arahan suara (membolehkan anda mengawal beberapa fungsi telefon anda dengan arahan suara)

Satu perkara yang dibangkitkan oleh blog Android Authority memberitahu bahawa didalam kemaskini Android 4.2.1 ini, pihak Sam Mobile tidak menyatakan tentang Photo Sphere? Adakah Samsung telah menggantikannya dengan Samsung Orb? Aplikasi dengan fungsi yang sama cumanya nama yang berbeza. Kami masih lagi tertanya lagi mengenai perkara ini.

Sambung baca seterusnya →

Samsung Akan Memberikan Kemaskini Pembetulan Kepada Galaxy S 3

pebble-blue-galaxy-S3

Beberapa hari lepas terdapat laporan dari pemilik Samsung Galaxy S 3 yang memberitahu peranti mereka mengalami masalah padam mengejut. Peranti tersebut disyaki mula mengalami masalah dalam 150 – 200 hari selepas diaktifkan, yang diberitahu akan padam semalaman atau selepas melakukan reboot. Laporan juga menambah bahawa peranti yang menjalankan ROM asal dan ubahsuai ROM turut sama terjejas.

Menurut sumber dari sebuah laman belanda, Tweakers, memberitahu bahawa kemaskini akan tiba tidak lama lagi. Kami menjangka masalah ini timbul pada beberapa keluaran peranti Samsung Galaxy S 3 dengan storan 16GB sahaja, dan bukanlah semuanya. Oleh itu pemilik Galaxy S 3 dengan storan 32GB boleh merasa lega. Tindakan pantas oleh Samsung untuk cepat menyelesaikan segera masalah ini haruslah dipuji, namun tiada tarikh yang tepat diberikan untuk kemaskini pembetulan itu akan dikeluarkan.

Kami mengharapkan agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan kami gembira dengan langkah Samsung dalam menjaga setiap pelanggan mereka. Kami juga berharap agar dapat mengetahui apakah punca masalah tersebut hingga menjadikan peranti itu boleh padam dengan tiba-tiba.

Sambung baca seterusnya →

Samsung Menjadikan Isu Kegagalan Apple Maps Untuk Promosi Galaxy S 3 Baru Mereka

IMG-20121212-00228-600x450

Samsung melakukannya lagi, kali ini mereka mengambil kesempatan dari kenyataan polis Victoria yang menasihatkan pengguna iOS untuk tidak menggunakan Apple Maps selepas polis Mildura terpaksa menyelamatkan beberapa orang yang tersesat jauh kedalam taman negara Murray Sunset kerana berpandukan pada aplikasi Apple Maps ketika hendak menuju ke bandar Victorian di Mildura.

Aksi Samsung yang terbaru adalah mereka meletakkan sebuah kenderaan Nissan Patrol 4WD di Australia Square, Sydney dan sebuah van VW Combi di Southern Cross Station, Melbourbe dengan papan tanda yang diletakkan disebelahnya berbunyi:

Oops, should have got a Samsung Galaxy S III. Get Navigation you can trust

Picture-0071-602x450

IMG_19621-602x450

Sambung baca seterusnya →

Motorola Menyerang Samsung Galaxy S 3 Dalam Iklan Baru Mereka, Apa Dah Jadi?

Motorola Samsung

Motorola gemar melakukan perbandingan produk dengan pesaingnya. Dahulu mereka memilih peranti RAZR M dan Google Now lawan iPhone 5, tapi hari ini mereka telah pergi bertempur ke arah lawan yang berbeza. Sepatutnya mereka memilih Microsoft atau Apple, tapi pihak Motorola mensasarkan ke arah sebuah lagi pengeluar peranti Android iaitu, Samsung. Rasanya kami tidak pernah lihat lagi sebuah syarikat pengeluar peranti Android menyerang pengeluar peranti Android yang lain pada masa lalu, jadi ini adalah sesuatu yang kita harus perhatikan.

Dalam sebuah kempen iklan baru yang dimasukkan ke dalam Facebook rasmi Motorola, mereka telah memberi mesej yang berbunyi “Jangan tersekat memuat turun dalam galaksi yang lain. Pergi laju dengan DROID RAZR HD.”. Mereka juga telah membuat pautan ke halaman web mereka yang membandingkan jangka hayat bateri, kualiti binaan, dan rekabentuk antara RAZR HD dan Samsung Galaxy S 3.

Motorola juga menyebut bahawa bateri RAZR HD boleh bertahan selama 24 jam iaitu bersamaan 20% lebih daripada Galaxy S 3. Mereka bercakap tentang sokongan gentian Kevlar dan salutan nano kalis air yang menjadikan peranti itu lebih tahan lama, berbanding Galaxy S 3 yang mempunyai rasa plastik pada telefon mereka. Akhirnya mereka bercerita mengenai rekabentuk, Motorola membandingkan rekabentuk Samsung Galaxy S 3 yang aneh dan hodoh, berbanding RAZR HD yang mempunyai rekabentuk telefon yang sempurna.

Sambung baca seterusnya →

Kemaskini Premium Suite Untuk Samsung Galaxy S 3 Bahagian Ke-2

Minggu lepas Samsung telah menunjukkan kemaskini Premium Suite atau Jelly Bean untuk peranti Samsung Galaxy S 3. Berjanji akan mempamerkan lagi pembaharuan dari kemaskini tersebut dalam bahagian ke-2. Hari ini, mereka telah tunaikan janji tersebut.

Sebuah artikel terbaru dari blog Samsung Tomorrow menyenaraikan butiran baru dari kemaskini tersebut, kali ini menampilkan pembaharuan pada kamera dan multimedia. Antaranya adalah fungsi Best Face untuk kamera, membolehkan anda mengambil foto seseorang dengan wajah yang anda mahukan. Lagi satu fungsi yang dimasukkan adalah anda boleh melihat 5 aplikasi atau widget yang biasa anda gunakan pada telefon.

Berikut adalah butiran penuh kemaskini dalam bahagian ke-2.

Sambung baca seterusnya →