All posts tagged Samsung

Peluang Bersama Yuna Di Dalam ‘The Sparkle Project’

Anda peminat Yuna? Berita baik untuk para pembaca kami dan juga peminta Yuna. Anda kini berpeluang bertemu Yuna dalam acara premier ekslusif projek video klip ‘Sparkles’ ( The Sparkle Project ) Yuna dengan kerjasama Samsung. Kami ingin memilih 2 orang dari pembaca blog MalayAndroid.com untuk dijemput bersama ke acara tersebut yang akan diadakan pada 21 Mei ini pada jam 4 petang di restoran DELIcious, Kuala Lumpur.

Apa yang anda perlu lakukan ialah syarat pertama anda perlu ‘LIKE’ page kami terlebih dahulu dan seterusnya anda dikehendaki komen pada artikel ini dan berikan sebab kenapa anda ingin pergi ke acara ini dan kenapa anda minati Samsung. Ianya sangat mudah! Dan syarat tambahan lagi ialah, kami hanya akan memilih blogger sahaja. Keputusan pertandingan ini akan kami umumkan pada petang atau malam hari Jumaat ini di Page MalayAndroid.com di Facebook.

The Sparkle Project‘ ialah satu projek klip video muzik Yuna yang jalan ceritanya merupakan atas kerjasama peminat Yuna dan video muzik ini akan dirakam sepenuhnya menggunakan Samsung Galaxy Note. Video muzik ini akan diarahkan oleh Quek Shio Chuan, seorang pengarah baru.

Jumpa kita disana!

Antaramuka ICS Untuk Samsung Galaxy S II Masih Kekal Dengan TouchWiz

If you love your current Gingerbread setup, you’re going to be pleased. But if you’re looking forward to the new and improved Ice Cream Sandwich interface you’ve been reading about for the last few months, you aren’t going to be a happy camper.

Berita ini mungkin mengecewakan mereka yang menantikan ICS untuk Samsung Galaxy S II, menurut laporan dari Computerworld, Samsung masih akan mengekalkan antaramuka mereka iaitu TouchWiz untuk kemaskini versi Android ICS bagi peranti telefon itu nanti.

Bagi kami, antaramuka versi Android 4.0 adalah yang paling tercantik Google telah hasilkan pada ketika ini, namun dalam pada masa sama kami juga tidak membenci dengan antaramuka TouchWiz yang Samsung telah bina, cumanya kami rasakan akan ada ramai pengguna mahukan sesuatu kelainan dari kemaskini baru versi android itu.

Continue reading →

3 Video Iklan Galaxy Nexus Untuk Tontonan Anda

Jikalau anda seperti kami, sedang menunggu kehadiran Galaxy Nexus tiba di Malaysia, maka tontonlah 3 video iklan mengenai telefon tersebut di bawah ini sementara menunggu ia akan sampai.

Sumber: Android and Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site