Terdapat beberapa aplikasi perkongsian sosial yang mengintegrasikan Facebook, Twitter, Foursquare dan sebagainya dalam satu aplikasi, namun diperkatakan bahawa satu aplikasi baru yang dipanggil Socialscope sedang dibangunkan dan ianya berpotensi untuk menyaingi aplikasi integrasi sosial lain seperti Tweetdeck dan sebagainya.

Socialscope sebelum ini telah dilancarkan untuk sistem pengoperasian Blackberry dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan, kini akhirnya mereka mengumumkan Socialscope versi Android. Aplikasi ini masih lagi dalah peringkat percubaan alpha dan buat masa sekarang mereka menamakannya sebagai Alphascope untuk Android. Kini mereka sedang mencari pengguna yang berminat untuk menguji aplikasi mereka.
Bagi mereka yang berminat bolehlah mendaftar minat melalui halaman web rasmi Socialscope di http://www.getsocialscope.com/ (Pastikan anda mendaftar akaun Socialscope terlebih dahulu dan memilih “Android” sebagai pilihan peranti anda)
Saya telah pun mendaftar tapi masih lagi belum mendapat jemputan dari Socialscope, bagi anda yang baru mendaftar mungkin juga perlu menunggu seperti saya.
[via Socialscope]





























