All posts tagged Sony

Sony Walkman Siri Z, Ianya Android.


Sony mengumumkan mereka akan melancarkan siri Sony Walkman terbaru mereka iaitu Siri Z kepada pasaran Eropah dan U.S pada bulan hadapan selepas pelancarannya di pasaran Jepun lewat tahun lepas. ‘Walkman’ ialah cap dagangan milik Sony yang merupakan sangat terkenal satu masa dulu bagi peralatan audio peribadi. Apa yang menarik ‘walkman’ generasi baru ini mendapat sentuhan Android ( Gingerbread ) dan di kuasakan dengan pemproses berkuasa daripada NVIDIA Tegra 2 dengan skrin seluas 4.3 inci, kebolehsambungan WiFi, HDMI dan DLNA. Ianya ditawarkan dengan variasi 8GB, 16GB dan 32GB. Oleh kerana ianya ialah ‘walkman’ maka alat ini tiada kebolehan untuk membuat panggilan dan tanpa kamera dan bila ianya akan berada di pasaran Malaysia masih belum diketahui.

Untuk spesifikasi, sila ke sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site