All posts tagged Tablet

Dalam 6 Bulan Akan Datang, Kita Bakal Melihat Kemunculan Nexus Tablet

Pengerusi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Google, Eric Schmidt memberitahu, bahawa Google sedang bekerja keras untuk menghasilkan sebuah tablet yang berkualiti tinggi, dan ia bakal dikeluarkan ke pasaran nanti pada awal Jun 2012. Tambah Schmidt lagi memberitahu, tujuan tablet itu dikeluarkan adalah untuk memecahkan dominasi iPad yang memegang jualan tablet paling popular ketika ini.

Tidak pasti samada Google akan menghasilkannya sendiri atau bekerjasama dengan rakan kongsi OEM lain, untuk mengeluarkan peranti yang serupa dengan apa yang mereka lakukan dengan telefon pintar jenis Nexus nanti. Namun ramai menjangka Google bakal menjalankan kerjasama dengan Motorola nanti untuk penghasilan tablet tersebut, kerana penggabungan antara dua syarikat itu masih lagi berjalan hingga sekarang, dan Motorola juga mempunyai pengalaman dalam menghasilkan tablet jenis Android yang berjaya seperti Xyboard dan Xoom, dan kata Schmidt lagi, beliau juga masih ingin melihat kerjasama Google dengan ASUS atau Samsung, yang mana katanya tablet Transformer Prime dan Galaxy Tab adalah antara peranti kegemaran peribadi beliau.

Kami di MalayAndroid menyambut berita ini dengan gembira dan berharap Google akan menghasilkan tablet jenis Nexus yang terbaik bila ia keluar nanti.

Sumber: Android and Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 

Switch to our mobile site