All posts tagged Ulasan

Ulasan : Slicepad D8

Slicepadd8
Android semakin dikenali di serata dunia dan lambakan tablet-tablet Android di pasaran memeriahkan lagi dunia Android selain memberikan kelebihan kepada pengguna untuk membuat pilihan. Kita biasa mengenali tablet-tablet berjenama terkenal seperti dari Samsung, Asus dan sebagainya.Jika anda inginkan tablet yang lebih murah, anda mempunyai pilihan untuk menggunakan tablet keluaran China. Tetapi apa yang membimbangkan kepada kita adalah risiko yang datang darinya jika anda mengalami masalah pada tablet berkenaan yang sudah semestinya boleh memeningkan kepala.

Namun kini anda mempunyai pilihan untuk menggunakan tablet keluaran sebuah syarikat di utara Malaysia. Tablet ini diberi nama Slicepad D8, sebuah tablet keluaran SKR SDN BHD. Kami kategorikan tablet ini dikategori pertengahan antara jenama China dan tablet-tablet berjenama yang lebih dikenali.

Saya telah menggunakan tablet ini selama lebih kurang 2 minggu. Apa yang saya dapati selama penggunaan tablet ini adalah nampaknya tablet ini tidak kurang hebatnya. Malah ada sesetengah perkara yang ianya boleh menandingi tablet-tablet yang lebih popular di luar sana.

Dengan pembelian set tablet Slicepad D8 anda akan mendapat :

  • Seunit tablet SlicePad D8
  • Seunit fon kepala SlicePad Soundmaster
  • Pelindung tablet SlicePad
  • Buku manual
  • Adaptor alat pengecas
  • Kabel MiniUSB

Sambung baca seterusnya →

Gameloft : Modern Combat 4, Zero Hour (Ulasan)

Modern-Combat-4-Zero-Hour
Modern combat 4 – Zero Hour merupakan permainan terbaru dari Gameloft yang dikeluarkan pada penghujung tahun lepas. Modern combat 4 adalah susulan sekuel dari siri sebelumnya yang keseluruhannya kini telah 4 siri. Siri-siri sebelumnya adalah Modern Combat – Sandstorm, Modern Combat – Black Pegasus dan Modern Combat – Fallen Nation.

Modern Combat 4 pula kali ini datang dengan sedikit kelainan dari siri-siri sebelumnya. Anda perlu membaca sehingga habis ulasan saya untuk permainan video ini untuk mengetahui apakah kelainan tersebut.

Peperangan Bermula!

StartSedang para pemimpin dunia berkumpul di Hawaii untuk Sidang Kemuncak Antarabangsa yang penting, letupan besar-besaran tiba-tiba dilaporkan berlaku di Seattle, Amerika Syarikat. Dalam huru-hara dan kekeliruan berikutan serangan itu, kumpulan pengganas cuba mengambil pemimpin-pemimpin dunia sebagai tebusan. Sebagai Koperal Joel Blake iaitu seorang tentera Amerika Syarikat, ia terpulang kepada anda dan pasukan anda untuk mengejar musuh di seluruh dunia. Ini berlaku dalam 12 misi yang menakjubkan di seluruh dunia.
US President
Sebagai pemain di dalam permainan ini, anda sebenarnya tidak hanya memegang satu watak. Antara watak-watak di dalam permainan ini adalah :-
Sambung baca seterusnya →

Ulasan: Samsung Galaxy Tab 7 Plus

Samsung Galaxy Tab 7 Plus merupakan barisan Galaxy Tab terbaru kami telah mencuba, dan pendapat kami mengenainya adalah ianya merupakan sebuah tablet yang telah banyak berubah, dari segi spesifikasi mahupun rekabentuk, ia adalah tablet yang sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak dan keluarga.

Spesifikasi

Nama: Samsung P6200 Galaxy Tab 7.0 Plus
Saiz: 193.7 x 122.4 x 9.9 mm
Berat: 345 gram
Paparan: Skrin sesentuh PLS LCD, 16 juta warna, TouchWiz UX UI
Resolusi: 600 x 1024 piksel, 7.0 inci (~170 ppi ketumpatan piksel)
CPU: Dual-core 1.2 GHz
Android OS: Android OS, v3.2 (Honeycomb)
Kamera Pertama (Belakang): 3.15 MP, 2048×1536 piksel, fokus auto, LED flash
Kamera Kedua (Hadapan): 2 MP
Video: 720p@30fps
Rangkaian 2G: GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
Rangkaian 3G: HSDPA 900 / 1900 / 2100
Slot Kad Memori: microSD, sehingga 64 GB
Memori Dalaman: Storan 16/32 GB, 1GB RAM
GPRS: Ya
EDGE: Ya
Kelajuan Data: HSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLAN: Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, Wi-Fi Direct, dual-band, Wi-Fi hotspot
Bluetooth: Ya, v3.0 dengan A2DP, HS
Infrared port: Ya
USB: Ya, v2.0, USB Host support
Jenis Alert: Vibration; MP3, WAV ringtones
Loudspeaker: Ya, dengan speaker stereo
3.5mm jack: Ya
Bateri: Bateri standard, Li-Ion 4000 mAh

Sambung baca seterusnya →